- Saya sangat hairan mengapa masih begitu ramai orang yang tak percaya kepada Allah, tuhan yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa itu. Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dengan pelbagai ciptaannya..
- Tidakkah mereka lihat pada langit,bumi dan segala isi kandungannya yang tegak berdiri pada paksinya dengan teratur dan indah itu. Tidak cukupkah bukti? Renungilah ayat yang diulang-ulang dalam surah Ar-Rahman itu...
- Kalau anda mahu bukti dengan melihat sendiri zat Allah baru nak percaya kewujudanNya anda tentu hancur sebagaimana pada zaman nabi Musa, apabila Allah memperlihatkan zatnya pada gunung, hancur leburlah gunung itu kerana takjubnya melihat Allah.Itu gunung, apalagi kita...tentu lebih dahsyat daripada itu kalau kita diperlihatkan zat Allah di dunia ini.
- Anda mahu bukti logik bahawa apa yang anda tak nampak itu bermakna tidak ada? dan hanya yang anda nampak barulah dikatakan ada? Anda nampakkah jantung anda? urat nadi, saluran darah, segala isi perut, otak dan segala yang ada dalam badan anda? Anda mungkin menjawab dengan teknologi anda mampu melihatnya.Bagaimana dengan manusia zaman purba dulu yang tak ada teknologi itu semua tapi percaya adanya semua yang di atas? Anda boleh berfikir,tapi bagaimanakah rupa bentuk buah fikiran anda itu?.kenapa anda percaya semua itu sedangkan anda tak nampaknya? mungkin kerana anda merasainya sebab itu anda percaya. Jadi, kenapa tak percaya kepada Allah walaupun anda tak nampaknya secara lansung, anda tentu dapat merasa dan melihat bukti kekuasaannya dengan memerhatikan apa yang ada dan berlaku pada diri anda dan di sekeliling anda.
- Anda tahu di sebalik dinding rumah anda ada jiran.Anda nampak dia 24 jam sehari semalamkah? tapi kenapa anda yakin dia ada di rumah atau tiada di rumah.Kenapa anda boleh yakin hal sekecil itu tapi tak mahu percaya hal yang sebesar-besarnya dalam hidup anda iaitu mempercayai Allah? Pernahkan anda masuk ke setiap rumah jiran-jiran di kiri kanan rumah anda? katakanlah, anda begitu yakin bahawa jiran anda itu memiliki peti sejuk dan dapur gas.Kenapa anda yakin 100% begitu?. Kerana anda tentu berfikir bagaimanakah dia memasak dan menyimpan makanannya kalau tak ada dapur dan peti sejuk? Sedangkan anda melihat rumahnya tersergam indah takkan tak mampu memiliki beberapa perkara asas itu.Saya lagi sangat hairan kenapa anda yakin adanya hantu walaupun tak semua pernah melihatnya, tapi tak mahu pula percaya kepada Tuhan yang satu.
- Sekarang, cuba fikir takkanlah alam yang begitu hebat ini tak ada penciptanya? Walhal rumah/istana seorang raja atau negarawan terulung yang dibina oleh tangan manusia pun ada kekurangannya,inikan pula nak menciptakan alam ini.Siapakah pula yang menciptakannya? Takkanlah yang menciptakan alam ini makhluk yang seperti kita yang sama-sama diciptakan oleh satu zat yang Maha Agung itu? Takkanlah semua yang ada hanya fenomena semulajadi, terjadi dengan sendirinya? Mustahil.
- Mungkinkah ia dicipta oleh patung-patung batu? Ini lagi Mustahil.Patung itu sendiripun diciptakan oleh tangan manusia.Takkanlah juga ia diciptakan oleh banyak tuhan.Kalau banyak tuhan yang menciptakannya, dah lama alam ini hancur lantaran tuhan-tuhan itu berebut-rebut untuk menunjukkan kekuasaan dan kehebatannya. Jadi, renungilah tanpa rasa prejudis...tentulah Hanya Satu Zat yang Maha Kuasa yang menciptakan alam yang tersergam indah ini.Dialah yang menjadi tumpuan semua makhluk,Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan,tidak berkeluarga dan berketurunan.Dia adalah yang satu kekal wujud selama-lamanya.Bayangkanlah kalau TUHAN itu ada anak, DIA juga tentu ada ibu bapa, ada datuk nenek,cucu cicit, mak/bapa saudara dll...kalau benarlah sebegini..dah lama alam ini hancur lantaran perselisihan faham yang berlaku antara anak-beranak tersebut..MUSTAHIL kan?...memang MUSTAHIL Tuhan bersifat sedemikian..
- Akal fikiran kita tak akan sampai/mampu untuk memikirkan bagaimanakah kewujudannya itu sejak bila kerana Dia sengaja menciptakan kita dengan fikiran dan pandangan yang terhad supaya kita berfikir dan mengetahui hakikat kita ini hanyalah yang diciptakan, bukan pencipta. Juga, sebagai salah satu cara untuk menilai siapakah di antara hamba-hambaNya yang benar-benar beriman.Jadi, mengapa masih ada manusia yang nak tunjuk hebat dengan mencipta pula tuhan sendiri?
Tuesday, August 4, 2009
Ingin bukti?
Jangan suka bertangguh
- Janganlah suka menangguhkan kerja terutama yang melibatkan urusan agama seperti sembahyang dan puasa.Tahukah kita bila tiba-tiba Malaikat Maut akan datang menjemput kita?
- Kalau dah sah memang kita tak tahu, mengapa lagi harus bertangguh? Janganlah kita pergi mengadapnya dalam keadaan berhutang (belum bayar/qadha puasa dan lain-lain). Contonya mudah saja, ada orang yang menangguhkan mengqadha puasa sehingga tiba saat menjelmanya Ramadhan sekali lagi,baru nak qadha. Tiba-tiba datang haid pula dan tak sempat habislah dia mengqadha puasa tahun itu.Terpaksalah dibawa ke tahun berikutnya beserta dengan fidyahnya. Bukankah puasa yang akan diqadha tahun berikutnya akan bertambah?(setelah dicampur dengan puasa yang tentu akan tertinggal lagi bagi Ramadhan kali ini).Begitu juga dengan sembahyang, kalau kita tangguhkan dengan alasan sekejap lagi nak sembahyang sebab nak siapkan kerja-kerja lain dulu. Mana tahu tiba-tiba datang haid pula, terpaksalah kita mengqadha sembahyang itu apabila dah suci nanti. Harap-harap, kita tak terlupa mengqhadanya.Kalau terlupa dan setiap kali kita datang haid dalam keadaan belum solat sedangkan masa itu sudah masuk waktu solat, bayangkan berapa banyak yang kita perlu qadha sepanjang umur kita mulai kali pertama datang haid hingga kini.Hitunglah dan renungilah....
- Justeru, bersegeralah dalam menunaikan ibadat kepada Allah kerana kalau kita bertangguh, takut terlupa pula nanti kerana kita ini manusia biasa yang sifatnya pelupa. Sebelum tiba saat lupa itu, bersegeralah dalam mengerjakan apa jua ibadat dan kebaikan takut tak sempat pula nanti.
- Apabila teringat belum gantikan semuanya itu, dah tak ada masa lagi sebab Malaikat maut dah datang menjemput kita. Harap-harap janganlah sampai begitu.Mudah-mudahan kita semua pergi mengadapnya dalam keadaan tak ada apa-apa hutang lagi, dengan membawa jiwa yang tenang dan amalan soleh. Amin...
Minta maaf
- Pernahkah anda buat salah kepada kawan dan cuba minta maaf drpnya? Adakah pernah kawan anda mengucapkan maaf dengan cara yang dingin dan pandangan hambar? Begitulah adat hidup di dunia. Adakalanya dengan keadaan kita bersusah payah memikirkan cara bagaimanakah untuk meminta maaf dengan kawan dan hanya sanggup minta maaf setelah datangnya keinsafan yang tinggi, tiba-tiba layanan sebegitu pula yang kita terima.
- Bayangkan bagaimanakah keadaan di akhirat nanti dalam keadaan neraka dipamerkan di depan mata, masing-masing orang cuba menyelamatkan diri sendiri dan menuntut sebanyak mungkin pahala dan kebajikan daripada orang-orang yang pernah menganiayainya, tentu sekali kemungkinannya kalau baru pada masa itu kita nak meminta maaf, kawan kita itu tak akan maafkan kita kerana kalau dia tak maafkan kita, pahala amalan kita akan dituntut olehnya.
- Ingat, semua orang masing2 ingin menyelamatkan diri sendiri di sana nanti. Jadi, sebelum tibanya saat sukar itu, minta maaflah semasa masih di dunia. Walaupun adakalanya kawan kita sukar memaafkan kita, kita telah terlepas daripada dosa kerana kita dah minta maaf. Kalau kita dah bertaubat nasuha, itu adalah urusan Allah untuk menilainya. Tapi, kalau kita tak minta maaf semasa di dunia dengan alasan malu dan tunggu di akhirat baru nak minta maaf, urusan tersebut sangat sukar.Kita bukan setakat malu, malah terhina dan jika tidak dimaafkan, apa agaknya nasib kita nanti.
- Jadi, sebelum tibanya saat sukar tersebut, mintalah maaf semasa di dunia kerana yang kita tanggung di dunia hanya malu.Tapi, jika kita tak minta maaf di dunia, kita akan menanggung perasaan malu, terhina dan segala yang menyukarkan di sana nanti.
Wednesday, July 22, 2009
Dunia yang manusia terpesona olehnya
- Janganlah kita terpesona oleh keindahan dunia dan harta kekayaan yang dipinjamkan sementara kepada kita.
- Kalau kita memiliki isteri yang cantik, sampai masanya dia (dan kita) akan tua dan mati. Kalau kita memiliki kereta mewah yang hebat, sampai masanya ia akan buruk dan rosak. Kalau kita memiliki pangkat dan kedudukan, satu hari nanti dia akan bertukar tangan. Orang lain pula yang akan memilikinya dan kita akan kembali menjadi orang biasa.
- Kalau kita memiliki kebun dan ladang yang luas terbentang, saujana mata memandang, janganlah kita bebangga dengannya. Cuba perhatikan kebun yang kita banggakan itu, walaupun ia sekilas pandang nampak cantik, tapi cuba teliti satu persatu, dari dahan ke dahan, dari pokok ke pokok, tentu ada daun yang buruk, buah yang busuk di makan ulat dan macam-macam kekurangannya yang sengaja Allah ciptakan begitu supaya kita berfikir. Nah...apa sangat yang kita nak banggakan sedangkan apa yang tersembunyi (di syurga Allah) yang akan dianugerahkan kepada orang yang beriman nanti, jauh lebih hebat dan tak terfikir atau tak tergambarkan oleh akal kita (yang sengaja Allah hadkan).
- Justeru, apalah sangat yang ada dengan dunia ini, janganlah berbangga dengan apa yang kita miliki ini kerana ia adalah pinjaman. Memang adat orang meminjam, satu hari nanti yang empunya mutlak akan mengambilnya kembali sama ada kita suka atau tidak.
Friday, July 17, 2009
Allah yang berkuasa
- Tiada apa yang lebih menakutkan selain siksa kubur dan azab neraka Allah, tiada apa yang lebih merisaukan selain terjerumus dalam berbuat dosa,tiada apa yang perlu difikirkan, melainkan zikir kepada Allah,tiada apa yang perlu direnungkan,melainkan bukti-bukti kekuasaan Allah.
- Lihatlah pada langit,hujan, awan dsbnya itu...siapakah yang menciptakan semua itu?
- Tentulah satu Zat yang Maha Agung, Maha Tinggi, Maha Berkuasa...mampukah tuhan patung dari batu-batu yang dikutip dari bukit(yang juga diciptakan oleh Allah) itu menciptakan semua itu?
- Renungilah...dia sendiri pun diciptakan oleh tangan2 manusia, mana mungkin dia mampu mencipta atau menguasai sesuatu,apatah lagi menyelamatkan kita dari siksa kubur dan azab neraka...fikirlah secara logik,jangan prejudis.
- Tiada apa yang perlu disedihkan meninggalkan ajaran nenek moyang yang anda tahukah apa nasib mereka sekarang? Bacalah tafsir al-Quran dan anda akan tahu di manakah nenek moyang anda sekarang.
- Kasihanilah diri anda sendiri dan anak cucu anda, bukan kepada agama nenek moyang anda.....
Hebat
Kalau ada orang yang bercerita kisah kehebatan seseorang atau apa yang nampak hebat, senyum sajalah,jangan banyak menyampuk. Ingatlah dalam hati bahawa ini hanyalah permainan dunia, tiada apa yang lebih hebat selain Kehebatan Allah. Tidak ada apa yang nak dihairankan kerana itu semua ujian Allah..
Wednesday, July 15, 2009
Wajah
Ada orang yang Allah kurniakan wajah yang cantik. Ada pula orang yang terasa wajahnya tak cantik. Bersyukurlah atas apa yang Allah kurniakan kerana Allah tidak memandang kepada wajah. Wajah itu sendiripun dah diciptakan oleh Allah. Allah boleh (Maha Berkuasa) untuk menjadikan wajah kita cantik atau tidak.Wajah itu pun sementara saja cantiknya, sampai masa berkedut dan makin tidak cantiklah ia. Tak apa..jangan bersedih. Jadi,apa nak dibanggakan dengan wajah zahir kita yang cantik. Kenapa pula harus bersedih dan rendah diri dengan wajah yang kita rasa tidak cantik atau kulit kita yang tak putih macam orang kulit putih.. Sememangnya Allah sengaja nak menguji kita dengan pelbagai cara. Ada orang yang diuji dengan kecantikan, ada pula orang yang diuji dengan kekayaan,kemiskinan, kesakitan,kenakalan anak-anak dan pelbagai lagi ujian. Itulah buktinya Allah Maha Bijaksana.Kalau semua orang diuji dengan perkara yang sama,tiadalah gunanya diciptakan Syurga dan neraka.Wallahuaklam.
Tuesday, July 14, 2009
Dengki / Mengumpat
- Di akhirat nanti, hanya ada 2 tempat iaitu syurga dan neraka.
- Begitu juga dengan manusia, hanya ada 2 golongan sama ada ahli syurga atau ahli neraka.
- Hanya Allah yang lebih tahu siapakah 2 golongan itu.
- Jadi, janganlah dengki / mengumpat kepada orang kalau orang itu memang dah ditentukan sebagai ahli syurga. Kalau kita dengki / mengumpat kepada dia, kita juga yang rugi kerana amal kebajikan yang kita ada akan digunakan untuk membayar hutang perbuatan dengki / mengumpat itu sedang dia itu tetap akan menjadi penghuni syurga atau mungkin disebabkan bertambahnya kebajikan yang diperolehnya hasil umpatan/dengki kita itu, dia akan ke syurga yang lebih tinggi sedang kita pula disebabkan habis amal kebajikan sebab diguna untuk bayar hutang itu (di sana nanti semuanya di bayar dengan pahala amal kebajikan, kalau tak cukup dosa orang itu pula dicampak kepada kita- tiada lagi gunanya harta kekayaan dunia ),silap-silap kita terpaksa diheret ke neraka pula.
- Kalaupun orang yang kita dengki / mengumpat itu adalah ahli neraka, buang masa kita saja dan sia-sia saja mengumpat/dengki kepada orang yang memang akan dicampak ke neraka. Orang yang melakukan perbuatan sia-sia adalah sahabat syaitan. Bersahabat dengan syaitan, berdosa.
- Satu hal lagi, siapakah kita yang nak mempertikaikan kurnian Allah kepada hambanya.
- Orang tersebut pula, hanya memperoleh kesenangan/sesuatu sementara di dunia ini.
- Kita juga memperoleh bahagian kita atas kurniaan Allah sementara hidup di dunia.
- Kalau nak mengumpat, renungilah ke dalam diri, kita ini sempurnakah? Suami kita, anak-anak kita, keluarga kita dll sempurnakah? Renungilah...
- Justeru, marilah sama-sama kita muhasabah diri dan tinggalkan semua perkara dengki/mengumpat tersebut.
Sunday, July 12, 2009
Sunyi / Keseorangan
Pernahkah anda tinggal keseorangan di rumah pada waktu malam? Apa perasaan anda pada waktu itu? Adakalanya kita rasa sunyi dan takut,kadang-kadang kalau tikus lalu atau sekadar terdengar suara cicak,tiba-tiba hati gementar.
Pernahkah begitu? Bayangkan perasaan itu muncul dalam keadaan kita disinari cahaya elektrik, di dalam rumah itu ada air,makanan, bantal dan tilam yang empuk,berpeluang beribadat dan bertaubat dan sebagainya, tapi hati tiba-tiba gelisah dan takut tak tentu hala, padahal itu hanya perasaan, tak ada apa-apa yang pelik pun berlaku.
Bayangkan lagi... kita nanti akan dimasukkan ke dalam kubur yang belum tentu gelap atau terang,apa yang ada di sana, Allahlah yang lebih tahu. Yang pasti, antaranya soalan Mungkar dan Nakir beserta amalan kita sebagai pelindung, bagaimanakah keadaan kita pada masa itu? Subhanallah..Tuhan yang demi roh dan jiwa kita di dalam kekuasaanNya,marilah sama-sama kita mempersiapkan diri kerana kita tidak tahu bila tiba-tiba malaikat maut datang menjemput kita. Dalam masa yang sama, tidaklah sampai mengabaikan urusan dunia kerana kita ini penghuni dunia tapi matlamat kita yang akhir adalah sampai ke akhirat dalam keadaan selamat.
Pernahkah begitu? Bayangkan perasaan itu muncul dalam keadaan kita disinari cahaya elektrik, di dalam rumah itu ada air,makanan, bantal dan tilam yang empuk,berpeluang beribadat dan bertaubat dan sebagainya, tapi hati tiba-tiba gelisah dan takut tak tentu hala, padahal itu hanya perasaan, tak ada apa-apa yang pelik pun berlaku.
Bayangkan lagi... kita nanti akan dimasukkan ke dalam kubur yang belum tentu gelap atau terang,apa yang ada di sana, Allahlah yang lebih tahu. Yang pasti, antaranya soalan Mungkar dan Nakir beserta amalan kita sebagai pelindung, bagaimanakah keadaan kita pada masa itu? Subhanallah..Tuhan yang demi roh dan jiwa kita di dalam kekuasaanNya,marilah sama-sama kita mempersiapkan diri kerana kita tidak tahu bila tiba-tiba malaikat maut datang menjemput kita. Dalam masa yang sama, tidaklah sampai mengabaikan urusan dunia kerana kita ini penghuni dunia tapi matlamat kita yang akhir adalah sampai ke akhirat dalam keadaan selamat.
Ubah cara berfikir
Pernahkah anda terfikir begini, geramnya kepada seseorang yang selalu meminta pertolongan kita atau meminjam duit drp kita sehingga ada kalanya kita merungut. Sekarang, mari kita tukar taktik baru, jika berhadapan dengan situasi begitu, niatkanlah di dalam hati begini... jika aku pernah buat silap kepada orang ini,mudah-mudahan dosa-dosaku terhadapnya diampunkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)