- Saya sangat hairan mengapa masih begitu ramai orang yang tak percaya kepada Allah, tuhan yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa itu. Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dengan pelbagai ciptaannya..
- Tidakkah mereka lihat pada langit,bumi dan segala isi kandungannya yang tegak berdiri pada paksinya dengan teratur dan indah itu. Tidak cukupkah bukti? Renungilah ayat yang diulang-ulang dalam surah Ar-Rahman itu...
- Kalau anda mahu bukti dengan melihat sendiri zat Allah baru nak percaya kewujudanNya anda tentu hancur sebagaimana pada zaman nabi Musa, apabila Allah memperlihatkan zatnya pada gunung, hancur leburlah gunung itu kerana takjubnya melihat Allah.Itu gunung, apalagi kita...tentu lebih dahsyat daripada itu kalau kita diperlihatkan zat Allah di dunia ini.
- Anda mahu bukti logik bahawa apa yang anda tak nampak itu bermakna tidak ada? dan hanya yang anda nampak barulah dikatakan ada? Anda nampakkah jantung anda? urat nadi, saluran darah, segala isi perut, otak dan segala yang ada dalam badan anda? Anda mungkin menjawab dengan teknologi anda mampu melihatnya.Bagaimana dengan manusia zaman purba dulu yang tak ada teknologi itu semua tapi percaya adanya semua yang di atas? Anda boleh berfikir,tapi bagaimanakah rupa bentuk buah fikiran anda itu?.kenapa anda percaya semua itu sedangkan anda tak nampaknya? mungkin kerana anda merasainya sebab itu anda percaya. Jadi, kenapa tak percaya kepada Allah walaupun anda tak nampaknya secara lansung, anda tentu dapat merasa dan melihat bukti kekuasaannya dengan memerhatikan apa yang ada dan berlaku pada diri anda dan di sekeliling anda.
- Anda tahu di sebalik dinding rumah anda ada jiran.Anda nampak dia 24 jam sehari semalamkah? tapi kenapa anda yakin dia ada di rumah atau tiada di rumah.Kenapa anda boleh yakin hal sekecil itu tapi tak mahu percaya hal yang sebesar-besarnya dalam hidup anda iaitu mempercayai Allah? Pernahkan anda masuk ke setiap rumah jiran-jiran di kiri kanan rumah anda? katakanlah, anda begitu yakin bahawa jiran anda itu memiliki peti sejuk dan dapur gas.Kenapa anda yakin 100% begitu?. Kerana anda tentu berfikir bagaimanakah dia memasak dan menyimpan makanannya kalau tak ada dapur dan peti sejuk? Sedangkan anda melihat rumahnya tersergam indah takkan tak mampu memiliki beberapa perkara asas itu.Saya lagi sangat hairan kenapa anda yakin adanya hantu walaupun tak semua pernah melihatnya, tapi tak mahu pula percaya kepada Tuhan yang satu.
- Sekarang, cuba fikir takkanlah alam yang begitu hebat ini tak ada penciptanya? Walhal rumah/istana seorang raja atau negarawan terulung yang dibina oleh tangan manusia pun ada kekurangannya,inikan pula nak menciptakan alam ini.Siapakah pula yang menciptakannya? Takkanlah yang menciptakan alam ini makhluk yang seperti kita yang sama-sama diciptakan oleh satu zat yang Maha Agung itu? Takkanlah semua yang ada hanya fenomena semulajadi, terjadi dengan sendirinya? Mustahil.
- Mungkinkah ia dicipta oleh patung-patung batu? Ini lagi Mustahil.Patung itu sendiripun diciptakan oleh tangan manusia.Takkanlah juga ia diciptakan oleh banyak tuhan.Kalau banyak tuhan yang menciptakannya, dah lama alam ini hancur lantaran tuhan-tuhan itu berebut-rebut untuk menunjukkan kekuasaan dan kehebatannya. Jadi, renungilah tanpa rasa prejudis...tentulah Hanya Satu Zat yang Maha Kuasa yang menciptakan alam yang tersergam indah ini.Dialah yang menjadi tumpuan semua makhluk,Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan,tidak berkeluarga dan berketurunan.Dia adalah yang satu kekal wujud selama-lamanya.Bayangkanlah kalau TUHAN itu ada anak, DIA juga tentu ada ibu bapa, ada datuk nenek,cucu cicit, mak/bapa saudara dll...kalau benarlah sebegini..dah lama alam ini hancur lantaran perselisihan faham yang berlaku antara anak-beranak tersebut..MUSTAHIL kan?...memang MUSTAHIL Tuhan bersifat sedemikian..
- Akal fikiran kita tak akan sampai/mampu untuk memikirkan bagaimanakah kewujudannya itu sejak bila kerana Dia sengaja menciptakan kita dengan fikiran dan pandangan yang terhad supaya kita berfikir dan mengetahui hakikat kita ini hanyalah yang diciptakan, bukan pencipta. Juga, sebagai salah satu cara untuk menilai siapakah di antara hamba-hambaNya yang benar-benar beriman.Jadi, mengapa masih ada manusia yang nak tunjuk hebat dengan mencipta pula tuhan sendiri?
Tuesday, August 4, 2009
Ingin bukti?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment