Tuesday, August 4, 2009

Jangan suka bertangguh

  1. Janganlah suka menangguhkan kerja terutama yang melibatkan urusan agama seperti sembahyang dan puasa.Tahukah kita bila tiba-tiba Malaikat Maut akan datang menjemput kita?
  2. Kalau dah sah memang kita tak tahu, mengapa lagi harus bertangguh? Janganlah kita pergi mengadapnya dalam keadaan berhutang (belum bayar/qadha puasa dan lain-lain). Contonya mudah saja, ada orang yang menangguhkan mengqadha puasa sehingga tiba saat menjelmanya Ramadhan sekali lagi,baru nak qadha. Tiba-tiba datang haid pula dan tak sempat habislah dia mengqadha puasa tahun itu.Terpaksalah dibawa ke tahun berikutnya beserta dengan fidyahnya. Bukankah puasa yang akan diqadha tahun berikutnya akan bertambah?(setelah dicampur dengan puasa yang tentu akan tertinggal lagi bagi Ramadhan kali ini).Begitu juga dengan sembahyang, kalau kita tangguhkan dengan alasan sekejap lagi nak sembahyang sebab nak siapkan kerja-kerja lain dulu. Mana tahu tiba-tiba datang haid pula, terpaksalah kita mengqadha sembahyang itu apabila dah suci nanti. Harap-harap, kita tak terlupa mengqhadanya.Kalau terlupa dan setiap kali kita datang haid dalam keadaan belum solat sedangkan masa itu sudah masuk waktu solat, bayangkan berapa banyak yang kita perlu qadha sepanjang umur kita mulai kali pertama datang haid hingga kini.Hitunglah dan renungilah....
  3. Justeru, bersegeralah dalam menunaikan ibadat kepada Allah kerana kalau kita bertangguh, takut terlupa pula nanti kerana kita ini manusia biasa yang sifatnya pelupa. Sebelum tiba saat lupa itu, bersegeralah dalam mengerjakan apa jua ibadat dan kebaikan takut tak sempat pula nanti.
  4. Apabila teringat belum gantikan semuanya itu, dah tak ada masa lagi sebab Malaikat maut dah datang menjemput kita. Harap-harap janganlah sampai begitu.Mudah-mudahan kita semua pergi mengadapnya dalam keadaan tak ada apa-apa hutang lagi, dengan membawa jiwa yang tenang dan amalan soleh. Amin...

No comments: