- Satu lagi yang sangat menghairankan saya kenapa ada orang yang suka menakutkan anak-anak dengan memperalatkan hantu sebagai cara mengawal anak.. cubalah ubah cara berfikir dengan mengatakan tuhan/Allah yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui, lagi Maha Berkuasa.
- Janganlah ditakutkan anak-anak dengan benda yang tak berkuasa dan juga makhluk Allah yang lemah itu.Nanti kalau anak-anak dah terbiasa diperkenalkan dengan hantu, takut fikiran mereka bercelaru sampai mereka lebih takut kepada hantu berbanding tuhan (atau mereka lebih takut kepada hantu berbanding godaan syaitan-ini nanti cerita bab lain pula)..Bagaimanakah pula kalau mereka bertanya macamana rupa bentuk hantu itu? Tentu anda akan menjawab macam-macam dengan mengatakannya ada dalam gelap, hodoh,berambut panjang,atau berpakaian serba putih, jahat dan sebagainya.Bukankah itu bohong namanya.Pernahkan anda lihat hantu sebegitu?..
- Jadi, perkenalkanlah anak-anak kecil anda itu dengan kekuasaan Allah dan jika mereka bertanya pula bagaimanakah rupa bentuk Allah itu? Berilah jawapan yang mudah difahami oleh anak kecil anda.Katakanlah bahawa Allah ada, tapi kita tak nampak Allah.Hanya Allah yang nampak kita.(Berilah juga jawapan seperti dalam pos saya sebelum ini jika anak anda dah agak cerdik).Allah yang menciptakan kita dan Maha Melihat apa yang kita buat. Dia Maha Berkuasa. Allah suka dan sangat sayang kepada orang yang buat perkara baik dan tak suka kepada perbuatan buruk. Jadi,takutlah kepada Allah kerana sesiapa yang buat sesuatu yang tak baik, nanti akan dihukum oleh Allah. Kalau tak mahu dihukum oleh Allah, mesti cepat-cepat minta ampun kepada Allah kerana Allah Maha Pengampun dan sangat mengasihi kita.
- Tak semestinya yang kita tak nampak itu tak ada.Berilah contoh apa yang ada dalam badannya yang memang ada tapi kita tak nampaknya sebab mata kita dihadkan oleh Allah supaya kita tak nampaknya.Kalau Allah nampakkan apa yang ada dalam badan kita seperti isi perut, darah dan sebagainya, Allah takut kita tak selera pula nak makan.Sebab itulah Allah tak bagi kita nampak semua itu. Begitu juga dengan Allah, Allah tak bagi kita nampakNya di dunia ini sebab Allah takut kita tak mahu buat benda lain,hanya mahu sembahyang dan baca Quran sepanjang masa sampai tak mahu makan dan tidur.Jadi, bila pula kita nak mencari rezeki untuk keluarga kita.Siapa pula nak bekerja dan melakukan kerja-kerja rumah,siapa pula nak jaga adik, nak sapu rumah, cuci pinggan dll kalau semua orang nak sembahyang dan baca Quran saja sepanjang masa.Sebab itulah Allah tak bagi kita nampakNya kerana Allah sangat sayangkan kita semua.Ini adalah antara contoh jawapan yang mudah untuk anak-anak kecil yang sering bertanya tentang Allah.
Tuesday, August 4, 2009
Tuhan vs Hantu untuk anak kecil
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment