Sunday, January 31, 2010

Lagu dunia dan muzik yang melalaikan.

Lagu2 nyanyian kecintaan kepada dunia adalah seruling syaitan. Sebolehnya hindarilah diri daripada hanyut dengan irama2 sedemikian. Semasa mendengar nyanyian2 berkenaan cuba tanya diri kita:
  1. Adakah pada masa itu jiwa kita tenang?
  2. Siapa yang tumpang seronok di kiri kanan kita dengan gayanya yang memualkan? (kita tak nampak. Sengaja Allah tak bagi kita nampak malaun itu atas banyak sebab .)
  3. Semasa kita mendengar lagu2 itu, bolehkah dalam masa yang sama kita berzikir kepada Allah?
  4. Kalaupun kita sedang berzikir tentu fikiran kita terganggu kalau ada orang yang memutarkan lagu berkenaan di sisi kita.
  5. Kalau kita yang memutarkan lagu berkenaan dan menganggu zikir kawan2 kita, tidakkah kita berdosa?
  6. Jika ingin mendengar lagu, gunalah earphone supaya tak menganggu orang.
  7. Ingatlah, jiwa akan menjadi tenang dengan berzikir, bukannya mendengar lagu.
  8. Jangan fikir semua orang suka mendengar lagu atau muzik.
  9. Janganlah terlalu banyak berhibur dan ketawa, takut nanti di akhirat kita akan banyak menangis.

Monday, January 18, 2010

Beruntungnya kita.

Kita adalah orang yang beruntung kerana terpilih untuk lahir sebagai orang Islam, berbanding sebilangan orang bukan Islam yang akhirnya mendapat hidayah, mereka terpaksa berhadapan dengan lebih banyak cabaran. Hargailah Islam yang kita peroleh ini kerana kita tak perlu berperang untuk mendapatkannya lantaran orang terdahulu telah bermandikan darah dan air mata untuk menegakkan Islam yang suci di bumi Allah ini. Kita mendapatnya dengan mudah kerana ibu bapa kita Islam, maka Islamlah kita.
Hargailah apa yang kita dapat dan peliharailah ia sebaiknya.