Wednesday, July 22, 2009

Dunia yang manusia terpesona olehnya

  1. Janganlah kita terpesona oleh keindahan dunia dan harta kekayaan yang dipinjamkan sementara kepada kita.
  2. Kalau kita memiliki isteri yang cantik, sampai masanya dia (dan kita) akan tua dan mati. Kalau kita memiliki kereta mewah yang hebat, sampai masanya ia akan buruk dan rosak. Kalau kita memiliki pangkat dan kedudukan, satu hari nanti dia akan bertukar tangan. Orang lain pula yang akan memilikinya dan kita akan kembali menjadi orang biasa.
  3. Kalau kita memiliki kebun dan ladang yang luas terbentang, saujana mata memandang, janganlah kita bebangga dengannya. Cuba perhatikan kebun yang kita banggakan itu, walaupun ia sekilas pandang nampak cantik, tapi cuba teliti satu persatu, dari dahan ke dahan, dari pokok ke pokok, tentu ada daun yang buruk, buah yang busuk di makan ulat dan macam-macam kekurangannya yang sengaja Allah ciptakan begitu supaya kita berfikir. Nah...apa sangat yang kita nak banggakan sedangkan apa yang tersembunyi (di syurga Allah) yang akan dianugerahkan kepada orang yang beriman nanti, jauh lebih hebat dan tak terfikir atau tak tergambarkan oleh akal kita (yang sengaja Allah hadkan).
  4. Justeru, apalah sangat yang ada dengan dunia ini, janganlah berbangga dengan apa yang kita miliki ini kerana ia adalah pinjaman. Memang adat orang meminjam, satu hari nanti yang empunya mutlak akan mengambilnya kembali sama ada kita suka atau tidak.

No comments: