Tuesday, August 4, 2009
Kasut tinggi
Bukan niat nak mengutuk orang yang memakai kasut bertumit tinggi. Tidak sekali-kali.Tapi idea ini tercetus apabila satu hari saya membawa anak ke hospital.Seorang kerani di situ(saya agak dia bukan muslim berdasarkan cara dia berpakaian) yang bertumit tinggi dan nampak/atau rasa dirinya agak bergaya mundar-mandir dengan gayanya yang bertumit tinggi itu dan beberapa kali kami bertembung pandangan tapi dia langsung tak senyum pada saya(salah saya juga sebab sayapun tak senyum pada dia) kelihatan pada pandangan saya....?.Justeru, saya pun terfikir.Apa yang nak dihairankan sangat dengan kasut tumit tinggi itu,semua orang mungkin mampu membelinya cuma tak mahu membelinya atas sebab-sebab tersendiri, walaupun nampak bergaya dan hebat,kasut itu tak dapat diguna untuk meniti titian sirat Allah.Kalau dapat digunapun, tentu tergelincir kalau orang itu memakainya,apatah lagi memang confirm langsung ia tak dapat diguna...Wallahua'lam.
Tuhan vs Hantu untuk anak kecil
- Satu lagi yang sangat menghairankan saya kenapa ada orang yang suka menakutkan anak-anak dengan memperalatkan hantu sebagai cara mengawal anak.. cubalah ubah cara berfikir dengan mengatakan tuhan/Allah yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui, lagi Maha Berkuasa.
- Janganlah ditakutkan anak-anak dengan benda yang tak berkuasa dan juga makhluk Allah yang lemah itu.Nanti kalau anak-anak dah terbiasa diperkenalkan dengan hantu, takut fikiran mereka bercelaru sampai mereka lebih takut kepada hantu berbanding tuhan (atau mereka lebih takut kepada hantu berbanding godaan syaitan-ini nanti cerita bab lain pula)..Bagaimanakah pula kalau mereka bertanya macamana rupa bentuk hantu itu? Tentu anda akan menjawab macam-macam dengan mengatakannya ada dalam gelap, hodoh,berambut panjang,atau berpakaian serba putih, jahat dan sebagainya.Bukankah itu bohong namanya.Pernahkan anda lihat hantu sebegitu?..
- Jadi, perkenalkanlah anak-anak kecil anda itu dengan kekuasaan Allah dan jika mereka bertanya pula bagaimanakah rupa bentuk Allah itu? Berilah jawapan yang mudah difahami oleh anak kecil anda.Katakanlah bahawa Allah ada, tapi kita tak nampak Allah.Hanya Allah yang nampak kita.(Berilah juga jawapan seperti dalam pos saya sebelum ini jika anak anda dah agak cerdik).Allah yang menciptakan kita dan Maha Melihat apa yang kita buat. Dia Maha Berkuasa. Allah suka dan sangat sayang kepada orang yang buat perkara baik dan tak suka kepada perbuatan buruk. Jadi,takutlah kepada Allah kerana sesiapa yang buat sesuatu yang tak baik, nanti akan dihukum oleh Allah. Kalau tak mahu dihukum oleh Allah, mesti cepat-cepat minta ampun kepada Allah kerana Allah Maha Pengampun dan sangat mengasihi kita.
- Tak semestinya yang kita tak nampak itu tak ada.Berilah contoh apa yang ada dalam badannya yang memang ada tapi kita tak nampaknya sebab mata kita dihadkan oleh Allah supaya kita tak nampaknya.Kalau Allah nampakkan apa yang ada dalam badan kita seperti isi perut, darah dan sebagainya, Allah takut kita tak selera pula nak makan.Sebab itulah Allah tak bagi kita nampak semua itu. Begitu juga dengan Allah, Allah tak bagi kita nampakNya di dunia ini sebab Allah takut kita tak mahu buat benda lain,hanya mahu sembahyang dan baca Quran sepanjang masa sampai tak mahu makan dan tidur.Jadi, bila pula kita nak mencari rezeki untuk keluarga kita.Siapa pula nak bekerja dan melakukan kerja-kerja rumah,siapa pula nak jaga adik, nak sapu rumah, cuci pinggan dll kalau semua orang nak sembahyang dan baca Quran saja sepanjang masa.Sebab itulah Allah tak bagi kita nampakNya kerana Allah sangat sayangkan kita semua.Ini adalah antara contoh jawapan yang mudah untuk anak-anak kecil yang sering bertanya tentang Allah.
Ingin bukti?
- Saya sangat hairan mengapa masih begitu ramai orang yang tak percaya kepada Allah, tuhan yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa itu. Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dengan pelbagai ciptaannya..
- Tidakkah mereka lihat pada langit,bumi dan segala isi kandungannya yang tegak berdiri pada paksinya dengan teratur dan indah itu. Tidak cukupkah bukti? Renungilah ayat yang diulang-ulang dalam surah Ar-Rahman itu...
- Kalau anda mahu bukti dengan melihat sendiri zat Allah baru nak percaya kewujudanNya anda tentu hancur sebagaimana pada zaman nabi Musa, apabila Allah memperlihatkan zatnya pada gunung, hancur leburlah gunung itu kerana takjubnya melihat Allah.Itu gunung, apalagi kita...tentu lebih dahsyat daripada itu kalau kita diperlihatkan zat Allah di dunia ini.
- Anda mahu bukti logik bahawa apa yang anda tak nampak itu bermakna tidak ada? dan hanya yang anda nampak barulah dikatakan ada? Anda nampakkah jantung anda? urat nadi, saluran darah, segala isi perut, otak dan segala yang ada dalam badan anda? Anda mungkin menjawab dengan teknologi anda mampu melihatnya.Bagaimana dengan manusia zaman purba dulu yang tak ada teknologi itu semua tapi percaya adanya semua yang di atas? Anda boleh berfikir,tapi bagaimanakah rupa bentuk buah fikiran anda itu?.kenapa anda percaya semua itu sedangkan anda tak nampaknya? mungkin kerana anda merasainya sebab itu anda percaya. Jadi, kenapa tak percaya kepada Allah walaupun anda tak nampaknya secara lansung, anda tentu dapat merasa dan melihat bukti kekuasaannya dengan memerhatikan apa yang ada dan berlaku pada diri anda dan di sekeliling anda.
- Anda tahu di sebalik dinding rumah anda ada jiran.Anda nampak dia 24 jam sehari semalamkah? tapi kenapa anda yakin dia ada di rumah atau tiada di rumah.Kenapa anda boleh yakin hal sekecil itu tapi tak mahu percaya hal yang sebesar-besarnya dalam hidup anda iaitu mempercayai Allah? Pernahkan anda masuk ke setiap rumah jiran-jiran di kiri kanan rumah anda? katakanlah, anda begitu yakin bahawa jiran anda itu memiliki peti sejuk dan dapur gas.Kenapa anda yakin 100% begitu?. Kerana anda tentu berfikir bagaimanakah dia memasak dan menyimpan makanannya kalau tak ada dapur dan peti sejuk? Sedangkan anda melihat rumahnya tersergam indah takkan tak mampu memiliki beberapa perkara asas itu.Saya lagi sangat hairan kenapa anda yakin adanya hantu walaupun tak semua pernah melihatnya, tapi tak mahu pula percaya kepada Tuhan yang satu.
- Sekarang, cuba fikir takkanlah alam yang begitu hebat ini tak ada penciptanya? Walhal rumah/istana seorang raja atau negarawan terulung yang dibina oleh tangan manusia pun ada kekurangannya,inikan pula nak menciptakan alam ini.Siapakah pula yang menciptakannya? Takkanlah yang menciptakan alam ini makhluk yang seperti kita yang sama-sama diciptakan oleh satu zat yang Maha Agung itu? Takkanlah semua yang ada hanya fenomena semulajadi, terjadi dengan sendirinya? Mustahil.
- Mungkinkah ia dicipta oleh patung-patung batu? Ini lagi Mustahil.Patung itu sendiripun diciptakan oleh tangan manusia.Takkanlah juga ia diciptakan oleh banyak tuhan.Kalau banyak tuhan yang menciptakannya, dah lama alam ini hancur lantaran tuhan-tuhan itu berebut-rebut untuk menunjukkan kekuasaan dan kehebatannya. Jadi, renungilah tanpa rasa prejudis...tentulah Hanya Satu Zat yang Maha Kuasa yang menciptakan alam yang tersergam indah ini.Dialah yang menjadi tumpuan semua makhluk,Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan,tidak berkeluarga dan berketurunan.Dia adalah yang satu kekal wujud selama-lamanya.Bayangkanlah kalau TUHAN itu ada anak, DIA juga tentu ada ibu bapa, ada datuk nenek,cucu cicit, mak/bapa saudara dll...kalau benarlah sebegini..dah lama alam ini hancur lantaran perselisihan faham yang berlaku antara anak-beranak tersebut..MUSTAHIL kan?...memang MUSTAHIL Tuhan bersifat sedemikian..
- Akal fikiran kita tak akan sampai/mampu untuk memikirkan bagaimanakah kewujudannya itu sejak bila kerana Dia sengaja menciptakan kita dengan fikiran dan pandangan yang terhad supaya kita berfikir dan mengetahui hakikat kita ini hanyalah yang diciptakan, bukan pencipta. Juga, sebagai salah satu cara untuk menilai siapakah di antara hamba-hambaNya yang benar-benar beriman.Jadi, mengapa masih ada manusia yang nak tunjuk hebat dengan mencipta pula tuhan sendiri?
Jangan suka bertangguh
- Janganlah suka menangguhkan kerja terutama yang melibatkan urusan agama seperti sembahyang dan puasa.Tahukah kita bila tiba-tiba Malaikat Maut akan datang menjemput kita?
- Kalau dah sah memang kita tak tahu, mengapa lagi harus bertangguh? Janganlah kita pergi mengadapnya dalam keadaan berhutang (belum bayar/qadha puasa dan lain-lain). Contonya mudah saja, ada orang yang menangguhkan mengqadha puasa sehingga tiba saat menjelmanya Ramadhan sekali lagi,baru nak qadha. Tiba-tiba datang haid pula dan tak sempat habislah dia mengqadha puasa tahun itu.Terpaksalah dibawa ke tahun berikutnya beserta dengan fidyahnya. Bukankah puasa yang akan diqadha tahun berikutnya akan bertambah?(setelah dicampur dengan puasa yang tentu akan tertinggal lagi bagi Ramadhan kali ini).Begitu juga dengan sembahyang, kalau kita tangguhkan dengan alasan sekejap lagi nak sembahyang sebab nak siapkan kerja-kerja lain dulu. Mana tahu tiba-tiba datang haid pula, terpaksalah kita mengqadha sembahyang itu apabila dah suci nanti. Harap-harap, kita tak terlupa mengqhadanya.Kalau terlupa dan setiap kali kita datang haid dalam keadaan belum solat sedangkan masa itu sudah masuk waktu solat, bayangkan berapa banyak yang kita perlu qadha sepanjang umur kita mulai kali pertama datang haid hingga kini.Hitunglah dan renungilah....
- Justeru, bersegeralah dalam menunaikan ibadat kepada Allah kerana kalau kita bertangguh, takut terlupa pula nanti kerana kita ini manusia biasa yang sifatnya pelupa. Sebelum tiba saat lupa itu, bersegeralah dalam mengerjakan apa jua ibadat dan kebaikan takut tak sempat pula nanti.
- Apabila teringat belum gantikan semuanya itu, dah tak ada masa lagi sebab Malaikat maut dah datang menjemput kita. Harap-harap janganlah sampai begitu.Mudah-mudahan kita semua pergi mengadapnya dalam keadaan tak ada apa-apa hutang lagi, dengan membawa jiwa yang tenang dan amalan soleh. Amin...
Minta maaf
- Pernahkah anda buat salah kepada kawan dan cuba minta maaf drpnya? Adakah pernah kawan anda mengucapkan maaf dengan cara yang dingin dan pandangan hambar? Begitulah adat hidup di dunia. Adakalanya dengan keadaan kita bersusah payah memikirkan cara bagaimanakah untuk meminta maaf dengan kawan dan hanya sanggup minta maaf setelah datangnya keinsafan yang tinggi, tiba-tiba layanan sebegitu pula yang kita terima.
- Bayangkan bagaimanakah keadaan di akhirat nanti dalam keadaan neraka dipamerkan di depan mata, masing-masing orang cuba menyelamatkan diri sendiri dan menuntut sebanyak mungkin pahala dan kebajikan daripada orang-orang yang pernah menganiayainya, tentu sekali kemungkinannya kalau baru pada masa itu kita nak meminta maaf, kawan kita itu tak akan maafkan kita kerana kalau dia tak maafkan kita, pahala amalan kita akan dituntut olehnya.
- Ingat, semua orang masing2 ingin menyelamatkan diri sendiri di sana nanti. Jadi, sebelum tibanya saat sukar itu, minta maaflah semasa masih di dunia. Walaupun adakalanya kawan kita sukar memaafkan kita, kita telah terlepas daripada dosa kerana kita dah minta maaf. Kalau kita dah bertaubat nasuha, itu adalah urusan Allah untuk menilainya. Tapi, kalau kita tak minta maaf semasa di dunia dengan alasan malu dan tunggu di akhirat baru nak minta maaf, urusan tersebut sangat sukar.Kita bukan setakat malu, malah terhina dan jika tidak dimaafkan, apa agaknya nasib kita nanti.
- Jadi, sebelum tibanya saat sukar tersebut, mintalah maaf semasa di dunia kerana yang kita tanggung di dunia hanya malu.Tapi, jika kita tak minta maaf di dunia, kita akan menanggung perasaan malu, terhina dan segala yang menyukarkan di sana nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)