Wednesday, March 24, 2010

Pandang

Janganlah kita asyik pandang orang,nanti kita nampak kelemahan orang sehingga adakalanya kita terlupa kekurangan diri sendiri. Pandanglah ke dalam diri,nanti kita akan sedar kelemahan kita

Pandanglah langit dan ciptaan2 Allah yg lain, nanti kita akan nampak kebesaran dan keagunganNya.
Pandanglah bumi tempat kita bersujud, nanti kita akan insaf hakikat kewujudan diri, betapa kerdilnya diri, bukti betapa hebat dan Maha Besarnya ALLAH sang pencipta alam ini...Dialah ALLAH yang tidak ada Tuhan selainNya.

Sunday, March 21, 2010

Kalau anda gembira

Pernah dengar lagu ini?.
..kalau anda gembira tepuk tangan atau
kalau anda gembira kata ooi......

Mari kita renungkan....alangkah bagusnya kita ubah senikata ini menjadi
kalau anda gembira kata subhanallah
kalau anda gembira ucaplah Alhamdulillah
kalau anda gembira sujudlah
kalau anda gembira bersyukurlah...dan macam2 senikata yang indah dan dapat mententeramkan jiwa...............w/pun saya bukan penulis lirik, saya tetap berpendapat kita masih boleh ubah lirik asal lagu ini kerana kesiannya kepada anak-anak kita di sesetengah tadika yang terpaksa menyanyikan lagu yang ............(fikirlah sendiri)

Kenapa menyanyi?

Kenapa menyanyi?..jawabnya tentu kerana suara yang merdu. Inilah salah fahamnya kita dan berburuk sangka kepada Allah. Allah kurniakan suara yang merdu supaya kita menyanyikan lagu2 pujian kepada Allah bukannya kepada sesama makhluk. Allah mahu agar dengan suara yg merdu itu, kita rajin2 membaca Al-Quran, bukannya menyanyi yang kadang2nya sangat kosong maksudnya..
Jangan berburuk sangka kepada Allah dengan mengatakan Allah kurniakan suara yang merdu kerana Dia mahu kita jadi penyanyi. MasyaAllah...
Anda rasa suara anda merdu? Benarkah?...tak semestinya orang yang tak menjadi penyanyi itu suaranya tak merdu. Tapi disebabkan takutnya kepada Allah..maka tidaklah dia menjadi penyanyi. Alangkah indahnya suara yang merdu itu jika digunakan untuk mengalunkan ayat2 suci kalimah Allah...Subhanallah.
Kalau nak menyanyi juga, nyanyilah lagu yang tidak memuji makhluk misalnya lagu kebesaran negara/negeri sebagai menanamkan rasa cinta negara dan sebagainya dan tidak menggunakan muzik yang melalaikan.

Cacing dalam kubur

Pernahkan anda lihat cacing yang gemuk, terutamanya di kawasan tanah subur, berpaya atau lembap.Gemuknya kan...gelinya...sanggupkah anda memegangnya? Mungkin ada yang dah biasa dengan cacing-cacing gemuk, tapi bagi yang tak biasa tentu anda dapat rasakan betapa gelinya melihat cacing berkenaan, apatah lagi memegangnya.....

  1. Bayangkan....bagaimanakah cacing yang ada di dalam kubur...itu baru cacing. Mungkinkah di dalam kubur itu ada binatang2 lain juga(yang berbisa)? tidak mustahil di dalamnya ada kala jengking, ular dan sebagainya sesuai dengan amalan kita....ya Allah...nauzubillahiminzalik. Ampunkanlah dosa2 kami Ya Rahman, Ya Ghaffur, Ya Rahim...
  2. Sudahkah kita besedia untuk masuk ke sana..
  3. Sama ada kita bersedia atau tidak, suka ke sedih, apabila sampai masanya kita akan dijemput ke sana.
  4. Apa bekal yang nak kita bawa?
  5. Antaranya anda tentu tahu...cuma sekadar peringatan bersama...amalkanlah membaca Al-Quran seperti Surah Al-Mulk dan sebagainya di samping amalan2 utama terutamanya solat, puasa, zakat dan sebagainya..

Sunday, January 31, 2010

Lagu dunia dan muzik yang melalaikan.

Lagu2 nyanyian kecintaan kepada dunia adalah seruling syaitan. Sebolehnya hindarilah diri daripada hanyut dengan irama2 sedemikian. Semasa mendengar nyanyian2 berkenaan cuba tanya diri kita:
  1. Adakah pada masa itu jiwa kita tenang?
  2. Siapa yang tumpang seronok di kiri kanan kita dengan gayanya yang memualkan? (kita tak nampak. Sengaja Allah tak bagi kita nampak malaun itu atas banyak sebab .)
  3. Semasa kita mendengar lagu2 itu, bolehkah dalam masa yang sama kita berzikir kepada Allah?
  4. Kalaupun kita sedang berzikir tentu fikiran kita terganggu kalau ada orang yang memutarkan lagu berkenaan di sisi kita.
  5. Kalau kita yang memutarkan lagu berkenaan dan menganggu zikir kawan2 kita, tidakkah kita berdosa?
  6. Jika ingin mendengar lagu, gunalah earphone supaya tak menganggu orang.
  7. Ingatlah, jiwa akan menjadi tenang dengan berzikir, bukannya mendengar lagu.
  8. Jangan fikir semua orang suka mendengar lagu atau muzik.
  9. Janganlah terlalu banyak berhibur dan ketawa, takut nanti di akhirat kita akan banyak menangis.

Monday, January 18, 2010

Beruntungnya kita.

Kita adalah orang yang beruntung kerana terpilih untuk lahir sebagai orang Islam, berbanding sebilangan orang bukan Islam yang akhirnya mendapat hidayah, mereka terpaksa berhadapan dengan lebih banyak cabaran. Hargailah Islam yang kita peroleh ini kerana kita tak perlu berperang untuk mendapatkannya lantaran orang terdahulu telah bermandikan darah dan air mata untuk menegakkan Islam yang suci di bumi Allah ini. Kita mendapatnya dengan mudah kerana ibu bapa kita Islam, maka Islamlah kita.
Hargailah apa yang kita dapat dan peliharailah ia sebaiknya.

Sunday, September 27, 2009

Konsep bermaaf-maafan

Indahnya Islam. Apabila tiba Hari Raya, selain mengucapkan kata-kata selamat atau apa-apa ucapan yang baik, kita tidak lupa bermaaf-maafan sesama manusia .

Tuesday, August 4, 2009

Kasut tinggi

Bukan niat nak mengutuk orang yang memakai kasut bertumit tinggi. Tidak sekali-kali.Tapi idea ini tercetus apabila satu hari saya membawa anak ke hospital.Seorang kerani di situ(saya agak dia bukan muslim berdasarkan cara dia berpakaian) yang bertumit tinggi dan nampak/atau rasa dirinya agak bergaya mundar-mandir dengan gayanya yang bertumit tinggi itu dan beberapa kali kami bertembung pandangan tapi dia langsung tak senyum pada saya(salah saya juga sebab sayapun tak senyum pada dia) kelihatan pada pandangan saya....?.Justeru, saya pun terfikir.Apa yang nak dihairankan sangat dengan kasut tumit tinggi itu,semua orang mungkin mampu membelinya cuma tak mahu membelinya atas sebab-sebab tersendiri, walaupun nampak bergaya dan hebat,kasut itu tak dapat diguna untuk meniti titian sirat Allah.Kalau dapat digunapun, tentu tergelincir kalau orang itu memakainya,apatah lagi memang confirm langsung ia tak dapat diguna...Wallahua'lam.

Tuhan vs Hantu untuk anak kecil

  1. Satu lagi yang sangat menghairankan saya kenapa ada orang yang suka menakutkan anak-anak dengan memperalatkan hantu sebagai cara mengawal anak.. cubalah ubah cara berfikir dengan mengatakan tuhan/Allah yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui, lagi Maha Berkuasa.
  2. Janganlah ditakutkan anak-anak dengan benda yang tak berkuasa dan juga makhluk Allah yang lemah itu.Nanti kalau anak-anak dah terbiasa diperkenalkan dengan hantu, takut fikiran mereka bercelaru sampai mereka lebih takut kepada hantu berbanding tuhan (atau mereka lebih takut kepada hantu berbanding godaan syaitan-ini nanti cerita bab lain pula)..Bagaimanakah pula kalau mereka bertanya macamana rupa bentuk hantu itu? Tentu anda akan menjawab macam-macam dengan mengatakannya ada dalam gelap, hodoh,berambut panjang,atau berpakaian serba putih, jahat dan sebagainya.Bukankah itu bohong namanya.Pernahkan anda lihat hantu sebegitu?..
  3. Jadi, perkenalkanlah anak-anak kecil anda itu dengan kekuasaan Allah dan jika mereka bertanya pula bagaimanakah rupa bentuk Allah itu? Berilah jawapan yang mudah difahami oleh anak kecil anda.Katakanlah bahawa Allah ada, tapi kita tak nampak Allah.Hanya Allah yang nampak kita.(Berilah juga jawapan seperti dalam pos saya sebelum ini jika anak anda dah agak cerdik).Allah yang menciptakan kita dan Maha Melihat apa yang kita buat. Dia Maha Berkuasa. Allah suka dan sangat sayang kepada orang yang buat perkara baik dan tak suka kepada perbuatan buruk. Jadi,takutlah kepada Allah kerana sesiapa yang buat sesuatu yang tak baik, nanti akan dihukum oleh Allah. Kalau tak mahu dihukum oleh Allah, mesti cepat-cepat minta ampun kepada Allah kerana Allah Maha Pengampun dan sangat mengasihi kita.
  4. Tak semestinya yang kita tak nampak itu tak ada.Berilah contoh apa yang ada dalam badannya yang memang ada tapi kita tak nampaknya sebab mata kita dihadkan oleh Allah supaya kita tak nampaknya.Kalau Allah nampakkan apa yang ada dalam badan kita seperti isi perut, darah dan sebagainya, Allah takut kita tak selera pula nak makan.Sebab itulah Allah tak bagi kita nampak semua itu. Begitu juga dengan Allah, Allah tak bagi kita nampakNya di dunia ini sebab Allah takut kita tak mahu buat benda lain,hanya mahu sembahyang dan baca Quran sepanjang masa sampai tak mahu makan dan tidur.Jadi, bila pula kita nak mencari rezeki untuk keluarga kita.Siapa pula nak bekerja dan melakukan kerja-kerja rumah,siapa pula nak jaga adik, nak sapu rumah, cuci pinggan dll kalau semua orang nak sembahyang dan baca Quran saja sepanjang masa.Sebab itulah Allah tak bagi kita nampakNya kerana Allah sangat sayangkan kita semua.Ini adalah antara contoh jawapan yang mudah untuk anak-anak kecil yang sering bertanya tentang Allah.

Ingin bukti?

  1. Saya sangat hairan mengapa masih begitu ramai orang yang tak percaya kepada Allah, tuhan yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa itu. Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dengan pelbagai ciptaannya..
  2. Tidakkah mereka lihat pada langit,bumi dan segala isi kandungannya yang tegak berdiri pada paksinya dengan teratur dan indah itu. Tidak cukupkah bukti? Renungilah ayat yang diulang-ulang dalam surah Ar-Rahman itu...
  3. Kalau anda mahu bukti dengan melihat sendiri zat Allah baru nak percaya kewujudanNya anda tentu hancur sebagaimana pada zaman nabi Musa, apabila Allah memperlihatkan zatnya pada gunung, hancur leburlah gunung itu kerana takjubnya melihat Allah.Itu gunung, apalagi kita...tentu lebih dahsyat daripada itu kalau kita diperlihatkan zat Allah di dunia ini.
  4. Anda mahu bukti logik bahawa apa yang anda tak nampak itu bermakna tidak ada? dan hanya yang anda nampak barulah dikatakan ada? Anda nampakkah jantung anda? urat nadi, saluran darah, segala isi perut, otak dan segala yang ada dalam badan anda? Anda mungkin menjawab dengan teknologi anda mampu melihatnya.Bagaimana dengan manusia zaman purba dulu yang tak ada teknologi itu semua tapi percaya adanya semua yang di atas? Anda boleh berfikir,tapi bagaimanakah rupa bentuk buah fikiran anda itu?.kenapa anda percaya semua itu sedangkan anda tak nampaknya? mungkin kerana anda merasainya sebab itu anda percaya. Jadi, kenapa tak percaya kepada Allah walaupun anda tak nampaknya secara lansung, anda tentu dapat merasa dan melihat bukti kekuasaannya dengan memerhatikan apa yang ada dan berlaku pada diri anda dan di sekeliling anda.
  5. Anda tahu di sebalik dinding rumah anda ada jiran.Anda nampak dia 24 jam sehari semalamkah? tapi kenapa anda yakin dia ada di rumah atau tiada di rumah.Kenapa anda boleh yakin hal sekecil itu tapi tak mahu percaya hal yang sebesar-besarnya dalam hidup anda iaitu mempercayai Allah? Pernahkan anda masuk ke setiap rumah jiran-jiran di kiri kanan rumah anda? katakanlah, anda begitu yakin bahawa jiran anda itu memiliki peti sejuk dan dapur gas.Kenapa anda yakin 100% begitu?. Kerana anda tentu berfikir bagaimanakah dia memasak dan menyimpan makanannya kalau tak ada dapur dan peti sejuk? Sedangkan anda melihat rumahnya tersergam indah takkan tak mampu memiliki beberapa perkara asas itu.Saya lagi sangat hairan kenapa anda yakin adanya hantu walaupun tak semua pernah melihatnya, tapi tak mahu pula percaya kepada Tuhan yang satu.
  6. Sekarang, cuba fikir takkanlah alam yang begitu hebat ini tak ada penciptanya? Walhal rumah/istana seorang raja atau negarawan terulung yang dibina oleh tangan manusia pun ada kekurangannya,inikan pula nak menciptakan alam ini.Siapakah pula yang menciptakannya? Takkanlah yang menciptakan alam ini makhluk yang seperti kita yang sama-sama diciptakan oleh satu zat yang Maha Agung itu? Takkanlah semua yang ada hanya fenomena semulajadi, terjadi dengan sendirinya? Mustahil.
  7. Mungkinkah ia dicipta oleh patung-patung batu? Ini lagi Mustahil.Patung itu sendiripun diciptakan oleh tangan manusia.Takkanlah juga ia diciptakan oleh banyak tuhan.Kalau banyak tuhan yang menciptakannya, dah lama alam ini hancur lantaran tuhan-tuhan itu berebut-rebut untuk menunjukkan kekuasaan dan kehebatannya. Jadi, renungilah tanpa rasa prejudis...tentulah Hanya Satu Zat yang Maha Kuasa yang menciptakan alam yang tersergam indah ini.Dialah yang menjadi tumpuan semua makhluk,Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan,tidak berkeluarga dan berketurunan.Dia adalah yang satu kekal wujud selama-lamanya.Bayangkanlah kalau TUHAN itu ada anak, DIA juga tentu ada ibu bapa, ada datuk nenek,cucu cicit, mak/bapa saudara dll...kalau benarlah sebegini..dah lama alam ini hancur lantaran perselisihan faham yang berlaku antara anak-beranak tersebut..MUSTAHIL kan?...memang MUSTAHIL Tuhan bersifat sedemikian..
  8. Akal fikiran kita tak akan sampai/mampu untuk memikirkan bagaimanakah kewujudannya itu sejak bila kerana Dia sengaja menciptakan kita dengan fikiran dan pandangan yang terhad supaya kita berfikir dan mengetahui hakikat kita ini hanyalah yang diciptakan, bukan pencipta. Juga, sebagai salah satu cara untuk menilai siapakah di antara hamba-hambaNya yang benar-benar beriman.Jadi, mengapa masih ada manusia yang nak tunjuk hebat dengan mencipta pula tuhan sendiri?