Tiada seorang pun yang mampu menjawab soalan ini kerana ia adalah urusan Allah. Apa yang pasti, detik2 yang berlalu telah kita tinggalkan dan tempuhinya walau dengan apa cara sekalipun. Pernahkah kita terfikir?
Adakah usia kita yang telah berlalu itu ditempuhi dengan melakukan perkara yang diredhaiNya? Adakah Dia menerima setiap amalan kita?
Kadang2 kita mungkin terasa masa yang kita lalui sekarang sangat singkat lantaran terlalu banyak urusan yang perlu diuruskan.
Lantas, menyebabkan kita mengenang kembali semasa usia kita masih muda, anak2 belum ramai, urusan tidaklah banyak seperti sekarang, tanggungjawab agak terhad, badan masih segar dan sihat, tenaga masih banyak dan bermacam2 kemudahan atau kesenangan terutama dari segi pengurusan masa, alangkah ruginya saat yang telah kita tinggalkan itu jikalau tidak kita isi dengan melakukan ketaatan kepadaNya. Adakah kita menyesali detik yang telah pergi itu kerana kita tidak menghargainya sepenuh tenaga kita untuk mengisi malam2 kita yang tenang, tanpa gangguan tangisan anak2 untuk sujud dan bercakap2 dengan Pencipta kita dan seluruh alam ini?
Alangkah beruntungnya kalau kita sempat menyedari hakikat ini, sebelum umur beransur2 berkurang.
Adakah kita yakin umur yang telah kita tinggalkan sama banyak dengan yang akan kita tempuhi lagi?..renungkanlah bersama.
No comments:
Post a Comment