Thursday, October 14, 2010

Jangan peduli

Jangan peduli/fikir apa yang orang nak cakap/fikir tentang kita(kalau kita yakin kita tak buat salah).
Ambil peduli/fikir apa yang kita cakap tentang orang kerana yang ini, kita kena jawab di depan Allah nanti...

Wednesday, July 28, 2010

Payung percuma

Siapa nak payung free? Kalau tanya soalan ni di tempat awam atau kepada budak2 sekolah, semua cepat-cepat angkat tangan, takut terlepas peluang dapat payung free. Jom kita berlumba2 dapatkannya...
Payung ini bukan payung biasa, ia sangat besar dan selesa. tak perlu kita memegang tangkainya, ia memang tersedia menaungi kita nanti..InsyaAllah.
Bagaimana?
Ada 7 golongan yang akan dinaungi di bawah Arasy Allah di Padang Mahsyar yang panasnya Allah sahaja yang tahu...kalau kita tak mahu berpanas pada hari yang pasti tiba itu, ayuhlah kita sediakan payung, bukan sebelum hujan..tapi sebelum tibanya hari yang matahari begitu hampir atas kepala kita. Jika kita berpeluang berada di bawah naungan Arasy itu, terselamatlah daripada panas tersebut.

Ringkasnya, 7 golongan tersebut ialah (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah):
  1. Pemerintah yang adil
  2. Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada tuhannya
  3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
  4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
  5. Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”
  6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
  7. Orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”
Jadi, apa tunggu lagi.. jom ramai-ramai dapatkannya....stok sentiasa ada...selagi nyawa masih bersatu dengan jasad, selagi itulah peluang terbuka luas..

Wallahuaklam.

Wednesday, April 21, 2010

Siapa kawan kita?

  1. Ada masanya kita tak sedar dengan siapa kita berkawan. Berkawan sesama manusia hatta dengan orang bukan Islam sekalipun,tidaklah menjadi masalah kerana kita manusia ini saling memerlukan. Jika berkawan dengan orang bukan Islam, kita boleh mengambil peluang untuk berdakwah kepada mereka. Tetapi kalau berkawan dengan syaitan? Tentulah tak berguna kerana syaitan itu adalah musuh kita yang nyata, dia dan konco-konconya pula yang akan menyebarkan dakyah kepada kita.
  2. Siapa nak berkawan dengan syaitan? semua orang tak mahu.
  3. Tetapi secara sedar atau tidak, ramai di kalangan kita yang menjadikan syaitan sebagai kawan rapat.
  4. Buktinya? antaranya ialah, kalau duduk ramai2 tu, ada masanya secara sengaja atau tidak, termengumpat..., malas nak bangun solat subuh terutamanya, rasa sayang nak bersedekah, asyik nampak kesilapan orang saja sehingga apa saja yang dibuat orang, ada-ada saja komen negatifnya dan bermacam2 lagi perkara yang kita mungkin tak perasan.
  5. Bukankah itu semua daripada bisikan syaitan? Kalau mendengar bisikannya, maksudnya secara tak sedar kita seolah-olah mengakui malaun(yang dilaknat) itu sebagai kawan.nauzubillahiminzalik..

Monday, April 5, 2010

Adam

Cuba perhatikan gambar bumi dan planet2 ini.Betapa luasnya alam ciptaan Allah...di bawah Arasy tempat Allah bersemayam,ada lautan/air. Bayangkan kehebatan alam ciptaan Allah. Kita ini hanya tinggal dalam satu daripada planet2 ciptaan Allah. Kalau diperhatikan dan dibanding dengan planet2 lain, bumi tidaklah yang paling besar,tapi kita dah rasa alam tempat kediaman kita ini begitu luas dan hebat.Lantas bagaimana pula luasnya alam di Padang Masyar yang menghimpunkan seluruh penghuni bumi sejak zaman nabi Adam sampai berlakunya Kiamat?,iaitu hari yang menghimpunkan sekalian makhluk Allah.


Di manakah tempat yang paling bising? NERAKA..Tempat orang memekik dan menjerit kesakitan yang tak terperi, tiada siapa yang boleh menolong. Berhala?dia sendiripun menjadi bahan bakaran neraka.

Sungguh menghairankan.Semua orang percaya nenek moyang mereka ialan nabi Adam. Bukankah nabi adam itu beragama Islam dan menyembah Allah yang Satu? Mengapa pula mereka tak ikut agama nenek moyang yang benar itu? Mengapa pula diikut agama nenek moyang terkemudian yang telah sesat dan derhaka?

Jom timbang

Jom Timbang.Mari kita kira sendiri, Berapa umur kita sekarang?Sejak bila kita mula akil baligh?Berapa banyak amalan kebajikan yang kita dah buat.Adakah sempurna ibadat wajib kita? Berapa banyak amalan sunat kita?Berapa banyak pula kita dah termengumpat/teraniaya orang? Siapakah orang-orang yang kita umpat/aniaya itu? Siapakah orang-orang di sekeliling kita? Katakanlah mereka itu suami/isteri kita,ibu bapa kita, ibu bapa mertua kita, anak-anak kita, anak-anak didik kita, pekerja kita, majikan kita,jiran-jiran kita ,kawan-kawan kita dan sebagainya.Pernahkah kita buat salah kepada mereka?Sudahkah kita minta maaf daripada mereka?

Campur tolak semua kebaikan kita dengan kesilapan kita, adakah seimbang atau berat sebelah?..tentu susah nak kira sendiri kan...senang cerita, kalau terbuat silap mintalah maaf..kalau terbuat dosa bertaubatlah segera.mudah-mudahan timbangan kita nanti akan lebih berat arah kebaikan.

Memang susah nak timbang sendiri amalan kita sebab nilai keikhlasan di sisi Allah adalah penentu utama berapa markah yang kita dapat. Bagaimanapun, belajar menghitung sendiri perbuatan baik dan buruk yang kita buat mudah-mudahan akan mendidik hati kita agar tidak melakukan sesuatu yang tidak diredhaiNya dan menjadikan kita sentiasa beringat-ingat dalam segala tindak tanduk seharian ...dan sebagai persediaan sebelum tibanya hari Hisab tersebut.


Wahai Tuhan

Wahai tuhan, lapangkanlah dadaku, tenangkanlah jiwaku, lembutkanlah hatiku, peliharailah lidahku, kawallah kaki dan tanganku daripada melakukan perkara mungkar.

Tiada daya dan upayaku melainkan dengan kekuasaanMu,Tiada daya dan upayaku melainkan dengan rahmat dan kasih sayangMu.

Ibadat

Kalau kita nak tunggu kerja kita siap baru kita nak beribadat, sampai bila-bilapun kita tak akan beribadat kerana kerja kita tak pernah habis dan tak akan habis. Walaupun kita dah meninggal dunia sekalipun, kerja itu tetap tak akan habis. Orang lain pula akan meyambungnya. Jadi, janganlah bertangguh lagi. Masa tak akan menunggu kita. Sebaliknya, kitalah yang perlu mengejar masa.

Sunday, April 4, 2010

Berapa baki umur yang masih tinggal?

Berapakah baki umur kita yang masih tinggal?
Tiada seorang pun yang mampu menjawab soalan ini kerana ia adalah urusan Allah. Apa yang pasti, detik2 yang berlalu telah kita tinggalkan dan tempuhinya walau dengan apa cara sekalipun. Pernahkah kita terfikir?
Adakah usia kita yang telah berlalu itu ditempuhi dengan melakukan perkara yang diredhaiNya? Adakah Dia menerima setiap amalan kita?
Kadang2 kita mungkin terasa masa yang kita lalui sekarang sangat singkat lantaran terlalu banyak urusan yang perlu diuruskan.
Lantas, menyebabkan kita mengenang kembali semasa usia kita masih muda, anak2 belum ramai, urusan tidaklah banyak seperti sekarang, tanggungjawab agak terhad, badan masih segar dan sihat, tenaga masih banyak dan bermacam2 kemudahan atau kesenangan terutama dari segi pengurusan masa, alangkah ruginya saat yang telah kita tinggalkan itu jikalau tidak kita isi dengan melakukan ketaatan kepadaNya. Adakah kita menyesali detik yang telah pergi itu kerana kita tidak menghargainya sepenuh tenaga kita untuk mengisi malam2 kita yang tenang, tanpa gangguan tangisan anak2 untuk sujud dan bercakap2 dengan Pencipta kita dan seluruh alam ini?
Alangkah beruntungnya kalau kita sempat menyedari hakikat ini, sebelum umur beransur2 berkurang.
Adakah kita yakin umur yang telah kita tinggalkan sama banyak dengan yang akan kita tempuhi lagi?..renungkanlah bersama.

Thursday, March 25, 2010

Nampak/Wujud

Jangan fikir apa yang kita tidak nampak itu tidak wujud. Jangan juga fikir apa yang kita tidak nampak itu semuanya kecil.
Contohnya, gunung yang tersergam megah, ada masanya kita tak nampak ia lantaran diselimuti kabus tebal. Semasa diselimuti kabus itu, adakah gunung itu tidak wujud? ............
Jadi, renungkanlah akan satu kekuasaan yang kita tidak nampak, tetapi sebenarnya wujud dan tetap wujud selama-lamanya iaitu Allah yang Agung lagi Maha Besar kekuasaanNya.

Wednesday, March 24, 2010

Pandang

Janganlah kita asyik pandang orang,nanti kita nampak kelemahan orang sehingga adakalanya kita terlupa kekurangan diri sendiri. Pandanglah ke dalam diri,nanti kita akan sedar kelemahan kita

Pandanglah langit dan ciptaan2 Allah yg lain, nanti kita akan nampak kebesaran dan keagunganNya.
Pandanglah bumi tempat kita bersujud, nanti kita akan insaf hakikat kewujudan diri, betapa kerdilnya diri, bukti betapa hebat dan Maha Besarnya ALLAH sang pencipta alam ini...Dialah ALLAH yang tidak ada Tuhan selainNya.

Sunday, March 21, 2010

Kalau anda gembira

Pernah dengar lagu ini?.
..kalau anda gembira tepuk tangan atau
kalau anda gembira kata ooi......

Mari kita renungkan....alangkah bagusnya kita ubah senikata ini menjadi
kalau anda gembira kata subhanallah
kalau anda gembira ucaplah Alhamdulillah
kalau anda gembira sujudlah
kalau anda gembira bersyukurlah...dan macam2 senikata yang indah dan dapat mententeramkan jiwa...............w/pun saya bukan penulis lirik, saya tetap berpendapat kita masih boleh ubah lirik asal lagu ini kerana kesiannya kepada anak-anak kita di sesetengah tadika yang terpaksa menyanyikan lagu yang ............(fikirlah sendiri)

Kenapa menyanyi?

Kenapa menyanyi?..jawabnya tentu kerana suara yang merdu. Inilah salah fahamnya kita dan berburuk sangka kepada Allah. Allah kurniakan suara yang merdu supaya kita menyanyikan lagu2 pujian kepada Allah bukannya kepada sesama makhluk. Allah mahu agar dengan suara yg merdu itu, kita rajin2 membaca Al-Quran, bukannya menyanyi yang kadang2nya sangat kosong maksudnya..
Jangan berburuk sangka kepada Allah dengan mengatakan Allah kurniakan suara yang merdu kerana Dia mahu kita jadi penyanyi. MasyaAllah...
Anda rasa suara anda merdu? Benarkah?...tak semestinya orang yang tak menjadi penyanyi itu suaranya tak merdu. Tapi disebabkan takutnya kepada Allah..maka tidaklah dia menjadi penyanyi. Alangkah indahnya suara yang merdu itu jika digunakan untuk mengalunkan ayat2 suci kalimah Allah...Subhanallah.
Kalau nak menyanyi juga, nyanyilah lagu yang tidak memuji makhluk misalnya lagu kebesaran negara/negeri sebagai menanamkan rasa cinta negara dan sebagainya dan tidak menggunakan muzik yang melalaikan.

Cacing dalam kubur

Pernahkan anda lihat cacing yang gemuk, terutamanya di kawasan tanah subur, berpaya atau lembap.Gemuknya kan...gelinya...sanggupkah anda memegangnya? Mungkin ada yang dah biasa dengan cacing-cacing gemuk, tapi bagi yang tak biasa tentu anda dapat rasakan betapa gelinya melihat cacing berkenaan, apatah lagi memegangnya.....

  1. Bayangkan....bagaimanakah cacing yang ada di dalam kubur...itu baru cacing. Mungkinkah di dalam kubur itu ada binatang2 lain juga(yang berbisa)? tidak mustahil di dalamnya ada kala jengking, ular dan sebagainya sesuai dengan amalan kita....ya Allah...nauzubillahiminzalik. Ampunkanlah dosa2 kami Ya Rahman, Ya Ghaffur, Ya Rahim...
  2. Sudahkah kita besedia untuk masuk ke sana..
  3. Sama ada kita bersedia atau tidak, suka ke sedih, apabila sampai masanya kita akan dijemput ke sana.
  4. Apa bekal yang nak kita bawa?
  5. Antaranya anda tentu tahu...cuma sekadar peringatan bersama...amalkanlah membaca Al-Quran seperti Surah Al-Mulk dan sebagainya di samping amalan2 utama terutamanya solat, puasa, zakat dan sebagainya..

Sunday, January 31, 2010

Lagu dunia dan muzik yang melalaikan.

Lagu2 nyanyian kecintaan kepada dunia adalah seruling syaitan. Sebolehnya hindarilah diri daripada hanyut dengan irama2 sedemikian. Semasa mendengar nyanyian2 berkenaan cuba tanya diri kita:
  1. Adakah pada masa itu jiwa kita tenang?
  2. Siapa yang tumpang seronok di kiri kanan kita dengan gayanya yang memualkan? (kita tak nampak. Sengaja Allah tak bagi kita nampak malaun itu atas banyak sebab .)
  3. Semasa kita mendengar lagu2 itu, bolehkah dalam masa yang sama kita berzikir kepada Allah?
  4. Kalaupun kita sedang berzikir tentu fikiran kita terganggu kalau ada orang yang memutarkan lagu berkenaan di sisi kita.
  5. Kalau kita yang memutarkan lagu berkenaan dan menganggu zikir kawan2 kita, tidakkah kita berdosa?
  6. Jika ingin mendengar lagu, gunalah earphone supaya tak menganggu orang.
  7. Ingatlah, jiwa akan menjadi tenang dengan berzikir, bukannya mendengar lagu.
  8. Jangan fikir semua orang suka mendengar lagu atau muzik.
  9. Janganlah terlalu banyak berhibur dan ketawa, takut nanti di akhirat kita akan banyak menangis.

Monday, January 18, 2010

Beruntungnya kita.

Kita adalah orang yang beruntung kerana terpilih untuk lahir sebagai orang Islam, berbanding sebilangan orang bukan Islam yang akhirnya mendapat hidayah, mereka terpaksa berhadapan dengan lebih banyak cabaran. Hargailah Islam yang kita peroleh ini kerana kita tak perlu berperang untuk mendapatkannya lantaran orang terdahulu telah bermandikan darah dan air mata untuk menegakkan Islam yang suci di bumi Allah ini. Kita mendapatnya dengan mudah kerana ibu bapa kita Islam, maka Islamlah kita.
Hargailah apa yang kita dapat dan peliharailah ia sebaiknya.