Wednesday, July 15, 2009
Wajah
Ada orang yang Allah kurniakan wajah yang cantik. Ada pula orang yang terasa wajahnya tak cantik. Bersyukurlah atas apa yang Allah kurniakan kerana Allah tidak memandang kepada wajah. Wajah itu sendiripun dah diciptakan oleh Allah. Allah boleh (Maha Berkuasa) untuk menjadikan wajah kita cantik atau tidak.Wajah itu pun sementara saja cantiknya, sampai masa berkedut dan makin tidak cantiklah ia. Tak apa..jangan bersedih. Jadi,apa nak dibanggakan dengan wajah zahir kita yang cantik. Kenapa pula harus bersedih dan rendah diri dengan wajah yang kita rasa tidak cantik atau kulit kita yang tak putih macam orang kulit putih.. Sememangnya Allah sengaja nak menguji kita dengan pelbagai cara. Ada orang yang diuji dengan kecantikan, ada pula orang yang diuji dengan kekayaan,kemiskinan, kesakitan,kenakalan anak-anak dan pelbagai lagi ujian. Itulah buktinya Allah Maha Bijaksana.Kalau semua orang diuji dengan perkara yang sama,tiadalah gunanya diciptakan Syurga dan neraka.Wallahuaklam.
Tuesday, July 14, 2009
Dengki / Mengumpat
- Di akhirat nanti, hanya ada 2 tempat iaitu syurga dan neraka.
- Begitu juga dengan manusia, hanya ada 2 golongan sama ada ahli syurga atau ahli neraka.
- Hanya Allah yang lebih tahu siapakah 2 golongan itu.
- Jadi, janganlah dengki / mengumpat kepada orang kalau orang itu memang dah ditentukan sebagai ahli syurga. Kalau kita dengki / mengumpat kepada dia, kita juga yang rugi kerana amal kebajikan yang kita ada akan digunakan untuk membayar hutang perbuatan dengki / mengumpat itu sedang dia itu tetap akan menjadi penghuni syurga atau mungkin disebabkan bertambahnya kebajikan yang diperolehnya hasil umpatan/dengki kita itu, dia akan ke syurga yang lebih tinggi sedang kita pula disebabkan habis amal kebajikan sebab diguna untuk bayar hutang itu (di sana nanti semuanya di bayar dengan pahala amal kebajikan, kalau tak cukup dosa orang itu pula dicampak kepada kita- tiada lagi gunanya harta kekayaan dunia ),silap-silap kita terpaksa diheret ke neraka pula.
- Kalaupun orang yang kita dengki / mengumpat itu adalah ahli neraka, buang masa kita saja dan sia-sia saja mengumpat/dengki kepada orang yang memang akan dicampak ke neraka. Orang yang melakukan perbuatan sia-sia adalah sahabat syaitan. Bersahabat dengan syaitan, berdosa.
- Satu hal lagi, siapakah kita yang nak mempertikaikan kurnian Allah kepada hambanya.
- Orang tersebut pula, hanya memperoleh kesenangan/sesuatu sementara di dunia ini.
- Kita juga memperoleh bahagian kita atas kurniaan Allah sementara hidup di dunia.
- Kalau nak mengumpat, renungilah ke dalam diri, kita ini sempurnakah? Suami kita, anak-anak kita, keluarga kita dll sempurnakah? Renungilah...
- Justeru, marilah sama-sama kita muhasabah diri dan tinggalkan semua perkara dengki/mengumpat tersebut.
Sunday, July 12, 2009
Sunyi / Keseorangan
Pernahkah anda tinggal keseorangan di rumah pada waktu malam? Apa perasaan anda pada waktu itu? Adakalanya kita rasa sunyi dan takut,kadang-kadang kalau tikus lalu atau sekadar terdengar suara cicak,tiba-tiba hati gementar.
Pernahkah begitu? Bayangkan perasaan itu muncul dalam keadaan kita disinari cahaya elektrik, di dalam rumah itu ada air,makanan, bantal dan tilam yang empuk,berpeluang beribadat dan bertaubat dan sebagainya, tapi hati tiba-tiba gelisah dan takut tak tentu hala, padahal itu hanya perasaan, tak ada apa-apa yang pelik pun berlaku.
Bayangkan lagi... kita nanti akan dimasukkan ke dalam kubur yang belum tentu gelap atau terang,apa yang ada di sana, Allahlah yang lebih tahu. Yang pasti, antaranya soalan Mungkar dan Nakir beserta amalan kita sebagai pelindung, bagaimanakah keadaan kita pada masa itu? Subhanallah..Tuhan yang demi roh dan jiwa kita di dalam kekuasaanNya,marilah sama-sama kita mempersiapkan diri kerana kita tidak tahu bila tiba-tiba malaikat maut datang menjemput kita. Dalam masa yang sama, tidaklah sampai mengabaikan urusan dunia kerana kita ini penghuni dunia tapi matlamat kita yang akhir adalah sampai ke akhirat dalam keadaan selamat.
Pernahkah begitu? Bayangkan perasaan itu muncul dalam keadaan kita disinari cahaya elektrik, di dalam rumah itu ada air,makanan, bantal dan tilam yang empuk,berpeluang beribadat dan bertaubat dan sebagainya, tapi hati tiba-tiba gelisah dan takut tak tentu hala, padahal itu hanya perasaan, tak ada apa-apa yang pelik pun berlaku.
Bayangkan lagi... kita nanti akan dimasukkan ke dalam kubur yang belum tentu gelap atau terang,apa yang ada di sana, Allahlah yang lebih tahu. Yang pasti, antaranya soalan Mungkar dan Nakir beserta amalan kita sebagai pelindung, bagaimanakah keadaan kita pada masa itu? Subhanallah..Tuhan yang demi roh dan jiwa kita di dalam kekuasaanNya,marilah sama-sama kita mempersiapkan diri kerana kita tidak tahu bila tiba-tiba malaikat maut datang menjemput kita. Dalam masa yang sama, tidaklah sampai mengabaikan urusan dunia kerana kita ini penghuni dunia tapi matlamat kita yang akhir adalah sampai ke akhirat dalam keadaan selamat.
Ubah cara berfikir
Pernahkah anda terfikir begini, geramnya kepada seseorang yang selalu meminta pertolongan kita atau meminjam duit drp kita sehingga ada kalanya kita merungut. Sekarang, mari kita tukar taktik baru, jika berhadapan dengan situasi begitu, niatkanlah di dalam hati begini... jika aku pernah buat silap kepada orang ini,mudah-mudahan dosa-dosaku terhadapnya diampunkan.
Monday, February 9, 2009
Senyuman
Senyuman yang terukir adalah cahaya dari hati. Hati yang bersih dan minda yang tenang mengukirkan senyuman yang indah.
Monday, February 2, 2009
Akhlak dan budi pekerti
Kecantikan akan pudar dimamah usia. Akhlak dan budi pekerti akan kekal, hingga ke mati pun akan dikenang orang. Itulah bezanya antara kecantikan lahiriah dan batin.
Awet muda
Manusia sering teruja apabila dikatakan cantik dan awet muda.Benarkah apa yang diucapkan itu? Ikhlaskah ungkapan mereka? Ada masanya janganlah terlalu percayakan kata-kata manusia, kerana manusia ada perasaan. Perasaan takut akan kedudukan seseorang, lantas mengampu melebihi hakikat. Justeru, pandanglah pada cermin, lihatlah sendiri,hitunglah sendiri garis kedut yang ada pada wajah. Cermin akan menyatakan yang sebenarnya kerana cermin tiada perasaan dan tidak takut pada sesiapa. Hatta yang berdarjat tinggi sekalipun, ia tidak akan gentar menunjukkan inilah wajah sebenar kita, berkedut di sana sini.Insaflah,itulah tanda-tanda awal panggilan kubur untuk kita.
Kecantikan
Kecantikan yang bergantung kepada paras wajah tidak akan kekal. Jangan sedih kalau kulit kita hitam atau wajah kita tak cantik pada pandangan mata kasar kerana kecantikan akan lahir dengan sendirinya apabila hati kita bersih, jiwa kita tenang, niat kita ikhlas.Didiklah minda kita agar sentiasa berzikir, peliharailah mata,lidah, kaki dan tangan kita daripada melakukan kemungkaran. Justeru, kecantikan akan datang dengan sendirinya kerana hanya mata hati yang bersih akan menyedari erti kecantikan sebenar
silaturrahim
Janganlah kita memutuskan hubungan silaturrahim kerana urusan dunia. Padahal silaturrahim itu adalah urusan akhirat. Memang senang nak memutuskan sesuatu yang tegang, tetapi amat sukar untuk menegangkan semula sesuatu yang telah putus
Dunia
Dunia ini ibarat padang permainan. Di sekitarnya dikelilingi pokok-pokok, tempat kita berteduh di kala kepenatan. Selesai bermain, kita akan pulang ke rumah. Di rumah itulah sebenarnya tempat kita berlindung dari hujan dan panas. Segala kemudahan dan keindahan yang ada di padang itu untuk kegunaan kita sementara bermain sahaja.Tidak kita bawa pulang. Yang kita bawa, adalah hasil dari permainan itu,gembira atau duka, seronok atau tidak,menang atau kalah, itulah yang kita rasa. Itulah dunia yang fana ini, bukan tempat kekal untuk kita bergembira.Sementara jasad masih bernafas, sediakanlah bekal secukupnya untuk hidup di rumah kita yang abadi, di sana nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)