Wednesday, January 21, 2009

Nikmat Iman dan kekuasaan Allah.

Nikmat hidup yang tak ternilai yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita sebagai muslim adalah dilahirkan dari rahim seorang ibu yang beriman dan iman itu kekal dan mantap hingga ke akhir hayat. Bagi sesiapa yang tidak berpeluang lahir dari perut ibu yang beriman, berilah peluang itu kepada anak-anak/generasi anda. Itulah nikmat yang tidak mungkin dibeli kerana tidak dijual di mana-mana sekalipun.
Tetapi, untuk mendapatkannya tidaklah sukar kerana Allah membuka peluang itu kepada semua hambanya sama ada yang beriman atau yang kufur/kafir. Sedarlah, pintu taubat Allah sentiasa terbuka. Kita semua sebenarnya hamba Allah, cuma ada yang mahu mengaku, ada sebahagiannya lagi sombong tidak mengakuinya kerana tidak cuba membaca Al-Quran dengan beranggapan kitab itu untuk orang Islam sahaja. Sedangkan orang Islam atau orang apa, kita semua adalah hamba Allah. Akuilah kebenaran Islam, nescaya kita akan selamat. Cubalah baca tafsir Al-Quran, walaupun sekali seumur hidup, galilah ilmu dan kebenaran yang ada di dalamnya, nyatalah patung-patung dan selainnya yang sebahagian drp manusia sembah itu adalah kepalsuan semata-mata.Kalau kita fikir secara logik pun, mana mungkin patung itu mempunyai kuasa yang begitu hebat. Patung yang di ukir di Malaysia tentu tak sama dengan patung yang diukir oleh orang di Amerika, China, India dan lain-lain. Nah..lihatlah, takkan sesuka hati mengukir Tuhan dan berbagai rupa bentuk pula tuhan itu. Maksudnya, bukan tuhan itu yang menciptakan/berkuasa ke atas anda, sedangkan dirinya sendiri anda yang ukir/cipta sesuka hati anda/tukang mengikut citarasa hati dan penganut tempat itu.Lagi satu, kalau begitu ramai tuhan, takkan mereka satu hari nanti tak bergaduh.TAK MUNGKIN, kalau datang bencana, selamatkah tuhan itu?..apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup? Tentulah SATU TUHAN YANG MAHA KUASA, MAHA AGUNG DAN MAHA SUCI IAITU ALLAH...PERCAYALAH. KALAU TAK PERCAYA, bacalah tafsir al-Quran. Kalau anda takut nak baca, beerti anda sememangnya tak yakin akan kekuatan iman terhadap tuhan patung yang anda sembah selama ini. Kalau anda benar-benar yakin akan kehebatan kuasa tuhan patung itu,beranikanlah diri anda membacanya sebagaimana ramai orang Islam yang
berani membaca kitab agama lain,contohnya Injil (yang pada masa ini telah dipalsukan daripada versi asal yang diturunkan kepada nabi Isa a.s, tapi ramai orang berkenaan yang tidak
sedar hakikat ini) untuk tahu apa yang telah dipalsukan itu, tapi apa hasilnya? KEIMANAN TERHADAP ALLAH BERTAMBAH MANTAP KERANA MEREKA DAPAT menbezakan dengan jelas antara kebenaran kandungan AL-Quran dan selainnya.

Catatan: Sila rujuk surah Al-Baqarah ayat 79,170,174,175 Ali Imran ayat 7, 54,67,69,70,71 dan lain-lain sebagai bukti. Anda boleh rujuk dalam web Search the truth di sini.

Sunday, October 12, 2008

Perjuangan belum selesai?

Mana ada orang yang dapat selesaikan tugasnya dengan sempurna sebelum mati? Bapa, ibu, isteri, pendidik....tak sempat selesaikan tugasnya pun mati juga. Tuhan akan beri gantinya.Yang pergi biarlah pergi, yang hidup teruskanlah (jangan lupa kepada yang telah pergi dan ambil iktibar daripadanya). Kalau kita fikir Tuhan tidak akan matikan kita kerana kita belum selesaikan tugas sebagai ibu, pendidik, pemimpin negara atau apa saja..tentu tidak ada orang akan mati. Itu mustahil. Jika kita dah tiada, orang lain pula akan ambil alih.
Jangan kita fikir kita satu-satunya orang yang mampu lakukan sesuatu dengan terbaik. Kita tidak tahu, mungkin orang yang gantikan kita itu lebih baik?
Apapun yang kita buat, jangan fikir apa sudahnya nanti, asalkan niat kita baik, cara kita pun baik, tentu ada penyelesaian yang baik walaupun bukan kita penyudahnya.

Wednesday, October 8, 2008

Ujian, Sabar dan Taqwa

Allah sentiasa menguji kita. Hanya orang yang sabar dan bertaqwa akan berjaya menghadapinya.Tak ada masalah dalam kehidupan.Yang ada cuma ujian untuk menentukan siapakah yang terbaik amal dan taqwanya kepada Allah. Setiap ujian yang Allah beri, pasti ada jalan penyelesaiannya.

Terpulanglah kepada diri kita bagaimana cara nak menghadapi ujian itu. Ada orang yang dapat selesaikannya dengan cepat dan mudah, ada pula orang yang dapat selesaikannya dengan lambat dan sukar. Tapi, setiap ujian itu pasti ada jalan penyudahnya. Jika kita sakit, sejuk, panas, masalah hutang, anak-anak dan sebagainya, Tuhan sentiasa beri peluang dan jalan untuk kita selesaikan ujian itu.

Gunakanlah akal yang dikurniakan oleh Allah untuk selesaikan setiap ujian itu sebaik mungkin.
Begitulah kehidupan di dunia.

Setiap ujian, pasti ada penyelesaiannya. Terdapat begitu banyak pilihan untuk menyelesaikan ujian itu. Jika kita dikejar anjing contohnya, kita ada peluang untuk lari.Kalau kita sakit,boleh makan ubat / tidur atau apa-apa cara yang doktor lebih layak bercakap mengenainya (kecuali sakit menghadapi sakaratul maut, terpaksa hadapi, tak boleh makan ubat).
Tegasnya, Apapun ujian di dunia ini, pasti Allah sediakan jalan untuk kita laluinya. Terpulanglah kepada kita untuk memilih jalan mana yang kita mahu. Tapi awas!!...

Bagaimanapun, di akhirat, tiada lagi ujian. Apa yang ditimpakan / diberi kepada kita, itulah yang kita kena terima, setimpal dengan apa yang telah kita perbuat/amalkan semasa hidup di dunia,kerana di akhirat tiada lagi ujian, yang ada cuma pembalasan / hukuman atas apa yang telah kita lakukan semasa hidup.

Sebelum tibanya hari pembalasan itu, bersabarlah banyak-banyak dan bertaqwalah kepada Allah jika kita ditimpa musibah/ujian Allah sebelum kita menyesal di akhirat kerana di sana tiada lagi pilihan, tiada lagi peluang dan tiada lagi penyelesaian.

Yang ada cuma pembalasan yang kita tidak boleh lari daripadanya.Mahu atau tidak, kita kena hadapinnya. Sekalipun yang kita terima itu adalah balasan buruk , kerana peluang dan pilihan hanya datang sekali, semasa kita hidup saja.

Sama-samalah kita renungkan...

Masalah

Ramai orang menganggap terlalu banyak masalah dalam hidup ini. Sebenarnya masalah itu adalah ujian. Allah sengaja menguji kita untuk memilih siapakah yang terbaik di kalangan kita. Kalau tak ada ujian, bagaimana Allah nak menilai hamba-hambanya? Dengan adanya ujian itulah membuktikan betapa adilnya Allah kerana markah/ balasan akan diberi berdasarkan setakat mana kita mampu menangani ujian tersebut. Dengan jalan sabar atau dengan jalan yang dimurkaiNya..

Ujian

Allah sentiasa mengingati kita. Jadi, sentiasalah ingat akan Allah. Allah tak pernah lupa kepada kita. Jadi, jangan sekali-kali lupa akan Allah. Allah sentiasa memerhatikan kita. Jadi perhatikanlah bukti-bukti kekuasaan Allah di sekeliling kita. Allah sentiasa menguji kita, banyak-banyakkanlah bersabar dan bertaqwa dalam menempuh setiap ujian itu. Allah sentiasa memberi pilihan kepada kita dalam menghadapi/ menangani setiap ujiannya. Jadi, gunakanlah akal yang sempurna ini untuk memilih jalan yang betul/lurus. Jalan mana yang kita pilih, itu sebenarnya jalan menuju syurga atau neraka. Ingat, neraka itu bertingkat-tingkat dan berlapis-lapis. Jadi, takutlah akan Allah. Apapun, Allah maha pengampun dan pintu syurga sentiasa terbuka luas untuk orang-orang yang mahu bertaubat.

Monday, October 6, 2008

Ibu bapa

Dari kecil sehingga dewasa,bayangkan betapa banyaknya dosa kita terhadap ibu bapa kita. Berapa ratus atau ribu kalikah kita tidak mendengar teguran mereka, berapa kali pulakah kita menyebabkan mereka makan hati dan menitiskan air mata kerana kita. Betapa banyakkah kebimbangan yang kita bebankan di dada mereka. Berapa banyak kali pulakah mereka berjaga malam bersengkang mata menjaga kita di kala demam (tak pernahkah kita demam? Mustahil!).Tentu sekali mereka sering tersungkur kelelahan membanting tulang empat kerat, mencari rezeki untuk kita sekeluarga dan kita makan dengan berseleranya tanpa mengira kesusahan mereka, kerana pada waktu itu kita belum mengenal erti kepayahan hidup, belum tahu apa itu derita dan kesusahan orang.
Dalam kesempatan yang singkat ini, sekiranya mereka masih ada, layanilah mereka sebaiknya.Hormatilah mereka. Sekiranya mereka telah pergi, sedekahkanlah bacaan al-Quran kepada mereka. Tidak susah untuk melakukannya, berbanding dengan apa yang telah mereka curah dan korbankan untuk kita selama ini. Kenang-kenangkanlah....

Thursday, September 25, 2008

Lupa

Walau setakat manapun kita ini pelupa, jangan lupa baca Quran.
Atau semalas-malaspun, berzikirlah. Ingatlah kepada Allah selalu. Jangan lalai, kerana syaitan suka mencelah di dalam hati orang-orang yang lalai. Tidak takut atau gelikah jika syaitan mendampingi kita? Bayangkan lalat, sukakan tempat dan bau kotor/busuk. Begitulah syaitan..suka mengunjungi tempat-tempat kotor / maksiat dan penuh dosa. Mahukah kita biarkan , selepas syaitan berada di tempat kotor itu, singgah pula di samping kita? Bayangkanlah..

Wednesday, September 24, 2008

Aniaya

Apa keburukan yang orang lakukan kepada kita, janganlah kita lakukan kepada orang. Jika kita dikehendaki memilih antara dua perbuatan itu, biarlah kita yang teraniaya daripada kita menganiayai orang. Bagaimanapun, janganlah pula kita berharap agar dianiayai. Sebaliknya hendaklah kita sentiasa berdoa agar dilindungi daripada fitnah dan dengki khianat sesama manusia.

Bahaya hasad dengki

Seekor ULAT KECIL merayapi daun
tak terasapun ringannya badan ulat
akhirnya DAUN tinggal kerangka jua
di makan ulat.
Begitulah ibaratnya ..
sifat dengki yang membengkak dan bernanah di dada saban hari,
akhirnya memusnahkan segala amalan kita selama ini.
Ruginya..

Sunday, September 21, 2008

Ada balasannya.

Ada padi ada beras
Ada hari ada balasnya.
Kepada orang-orang yang berlaku zalim sesama manusia,
Ingatlah.
Kita tak selalunya menang.
Sampai masa ada pembalasannya.