Monday, October 6, 2008

Ibu bapa

Dari kecil sehingga dewasa,bayangkan betapa banyaknya dosa kita terhadap ibu bapa kita. Berapa ratus atau ribu kalikah kita tidak mendengar teguran mereka, berapa kali pulakah kita menyebabkan mereka makan hati dan menitiskan air mata kerana kita. Betapa banyakkah kebimbangan yang kita bebankan di dada mereka. Berapa banyak kali pulakah mereka berjaga malam bersengkang mata menjaga kita di kala demam (tak pernahkah kita demam? Mustahil!).Tentu sekali mereka sering tersungkur kelelahan membanting tulang empat kerat, mencari rezeki untuk kita sekeluarga dan kita makan dengan berseleranya tanpa mengira kesusahan mereka, kerana pada waktu itu kita belum mengenal erti kepayahan hidup, belum tahu apa itu derita dan kesusahan orang.
Dalam kesempatan yang singkat ini, sekiranya mereka masih ada, layanilah mereka sebaiknya.Hormatilah mereka. Sekiranya mereka telah pergi, sedekahkanlah bacaan al-Quran kepada mereka. Tidak susah untuk melakukannya, berbanding dengan apa yang telah mereka curah dan korbankan untuk kita selama ini. Kenang-kenangkanlah....

No comments: