Allah sentiasa menguji kita. Hanya orang yang sabar dan bertaqwa akan berjaya menghadapinya.Tak ada masalah dalam kehidupan.Yang ada cuma ujian untuk menentukan siapakah yang terbaik amal dan taqwanya kepada Allah. Setiap ujian yang Allah beri, pasti ada jalan penyelesaiannya.
Terpulanglah kepada diri kita bagaimana cara nak menghadapi ujian itu. Ada orang yang dapat selesaikannya dengan cepat dan mudah, ada pula orang yang dapat selesaikannya dengan lambat dan sukar. Tapi, setiap ujian itu pasti ada jalan penyudahnya. Jika kita sakit, sejuk, panas, masalah hutang, anak-anak dan sebagainya, Tuhan sentiasa beri peluang dan jalan untuk kita selesaikan ujian itu.
Gunakanlah akal yang dikurniakan oleh Allah untuk selesaikan setiap ujian itu sebaik mungkin.
Begitulah kehidupan di dunia.
Setiap ujian, pasti ada penyelesaiannya. Terdapat begitu banyak pilihan untuk menyelesaikan ujian itu. Jika kita dikejar anjing contohnya, kita ada peluang untuk lari.Kalau kita sakit,boleh makan ubat / tidur atau apa-apa cara yang doktor lebih layak bercakap mengenainya (kecuali sakit menghadapi sakaratul maut, terpaksa hadapi, tak boleh makan ubat).
Tegasnya, Apapun ujian di dunia ini, pasti Allah sediakan jalan untuk kita laluinya. Terpulanglah kepada kita untuk memilih jalan mana yang kita mahu. Tapi awas!!...
Bagaimanapun, di akhirat, tiada lagi ujian. Apa yang ditimpakan / diberi kepada kita, itulah yang kita kena terima, setimpal dengan apa yang telah kita perbuat/amalkan semasa hidup di dunia,kerana di akhirat tiada lagi ujian, yang ada cuma pembalasan / hukuman atas apa yang telah kita lakukan semasa hidup.
Sebelum tibanya hari pembalasan itu, bersabarlah banyak-banyak dan bertaqwalah kepada Allah jika kita ditimpa musibah/ujian Allah sebelum kita menyesal di akhirat kerana di sana tiada lagi pilihan, tiada lagi peluang dan tiada lagi penyelesaian.
Yang ada cuma pembalasan yang kita tidak boleh lari daripadanya.Mahu atau tidak, kita kena hadapinnya. Sekalipun yang kita terima itu adalah balasan buruk , kerana peluang dan pilihan hanya datang sekali, semasa kita hidup saja.
Sama-samalah kita renungkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment