Sunday, October 12, 2008

Perjuangan belum selesai?

Mana ada orang yang dapat selesaikan tugasnya dengan sempurna sebelum mati? Bapa, ibu, isteri, pendidik....tak sempat selesaikan tugasnya pun mati juga. Tuhan akan beri gantinya.Yang pergi biarlah pergi, yang hidup teruskanlah (jangan lupa kepada yang telah pergi dan ambil iktibar daripadanya). Kalau kita fikir Tuhan tidak akan matikan kita kerana kita belum selesaikan tugas sebagai ibu, pendidik, pemimpin negara atau apa saja..tentu tidak ada orang akan mati. Itu mustahil. Jika kita dah tiada, orang lain pula akan ambil alih.
Jangan kita fikir kita satu-satunya orang yang mampu lakukan sesuatu dengan terbaik. Kita tidak tahu, mungkin orang yang gantikan kita itu lebih baik?
Apapun yang kita buat, jangan fikir apa sudahnya nanti, asalkan niat kita baik, cara kita pun baik, tentu ada penyelesaian yang baik walaupun bukan kita penyudahnya.

Wednesday, October 8, 2008

Ujian, Sabar dan Taqwa

Allah sentiasa menguji kita. Hanya orang yang sabar dan bertaqwa akan berjaya menghadapinya.Tak ada masalah dalam kehidupan.Yang ada cuma ujian untuk menentukan siapakah yang terbaik amal dan taqwanya kepada Allah. Setiap ujian yang Allah beri, pasti ada jalan penyelesaiannya.

Terpulanglah kepada diri kita bagaimana cara nak menghadapi ujian itu. Ada orang yang dapat selesaikannya dengan cepat dan mudah, ada pula orang yang dapat selesaikannya dengan lambat dan sukar. Tapi, setiap ujian itu pasti ada jalan penyudahnya. Jika kita sakit, sejuk, panas, masalah hutang, anak-anak dan sebagainya, Tuhan sentiasa beri peluang dan jalan untuk kita selesaikan ujian itu.

Gunakanlah akal yang dikurniakan oleh Allah untuk selesaikan setiap ujian itu sebaik mungkin.
Begitulah kehidupan di dunia.

Setiap ujian, pasti ada penyelesaiannya. Terdapat begitu banyak pilihan untuk menyelesaikan ujian itu. Jika kita dikejar anjing contohnya, kita ada peluang untuk lari.Kalau kita sakit,boleh makan ubat / tidur atau apa-apa cara yang doktor lebih layak bercakap mengenainya (kecuali sakit menghadapi sakaratul maut, terpaksa hadapi, tak boleh makan ubat).
Tegasnya, Apapun ujian di dunia ini, pasti Allah sediakan jalan untuk kita laluinya. Terpulanglah kepada kita untuk memilih jalan mana yang kita mahu. Tapi awas!!...

Bagaimanapun, di akhirat, tiada lagi ujian. Apa yang ditimpakan / diberi kepada kita, itulah yang kita kena terima, setimpal dengan apa yang telah kita perbuat/amalkan semasa hidup di dunia,kerana di akhirat tiada lagi ujian, yang ada cuma pembalasan / hukuman atas apa yang telah kita lakukan semasa hidup.

Sebelum tibanya hari pembalasan itu, bersabarlah banyak-banyak dan bertaqwalah kepada Allah jika kita ditimpa musibah/ujian Allah sebelum kita menyesal di akhirat kerana di sana tiada lagi pilihan, tiada lagi peluang dan tiada lagi penyelesaian.

Yang ada cuma pembalasan yang kita tidak boleh lari daripadanya.Mahu atau tidak, kita kena hadapinnya. Sekalipun yang kita terima itu adalah balasan buruk , kerana peluang dan pilihan hanya datang sekali, semasa kita hidup saja.

Sama-samalah kita renungkan...

Masalah

Ramai orang menganggap terlalu banyak masalah dalam hidup ini. Sebenarnya masalah itu adalah ujian. Allah sengaja menguji kita untuk memilih siapakah yang terbaik di kalangan kita. Kalau tak ada ujian, bagaimana Allah nak menilai hamba-hambanya? Dengan adanya ujian itulah membuktikan betapa adilnya Allah kerana markah/ balasan akan diberi berdasarkan setakat mana kita mampu menangani ujian tersebut. Dengan jalan sabar atau dengan jalan yang dimurkaiNya..

Ujian

Allah sentiasa mengingati kita. Jadi, sentiasalah ingat akan Allah. Allah tak pernah lupa kepada kita. Jadi, jangan sekali-kali lupa akan Allah. Allah sentiasa memerhatikan kita. Jadi perhatikanlah bukti-bukti kekuasaan Allah di sekeliling kita. Allah sentiasa menguji kita, banyak-banyakkanlah bersabar dan bertaqwa dalam menempuh setiap ujian itu. Allah sentiasa memberi pilihan kepada kita dalam menghadapi/ menangani setiap ujiannya. Jadi, gunakanlah akal yang sempurna ini untuk memilih jalan yang betul/lurus. Jalan mana yang kita pilih, itu sebenarnya jalan menuju syurga atau neraka. Ingat, neraka itu bertingkat-tingkat dan berlapis-lapis. Jadi, takutlah akan Allah. Apapun, Allah maha pengampun dan pintu syurga sentiasa terbuka luas untuk orang-orang yang mahu bertaubat.

Monday, October 6, 2008

Ibu bapa

Dari kecil sehingga dewasa,bayangkan betapa banyaknya dosa kita terhadap ibu bapa kita. Berapa ratus atau ribu kalikah kita tidak mendengar teguran mereka, berapa kali pulakah kita menyebabkan mereka makan hati dan menitiskan air mata kerana kita. Betapa banyakkah kebimbangan yang kita bebankan di dada mereka. Berapa banyak kali pulakah mereka berjaga malam bersengkang mata menjaga kita di kala demam (tak pernahkah kita demam? Mustahil!).Tentu sekali mereka sering tersungkur kelelahan membanting tulang empat kerat, mencari rezeki untuk kita sekeluarga dan kita makan dengan berseleranya tanpa mengira kesusahan mereka, kerana pada waktu itu kita belum mengenal erti kepayahan hidup, belum tahu apa itu derita dan kesusahan orang.
Dalam kesempatan yang singkat ini, sekiranya mereka masih ada, layanilah mereka sebaiknya.Hormatilah mereka. Sekiranya mereka telah pergi, sedekahkanlah bacaan al-Quran kepada mereka. Tidak susah untuk melakukannya, berbanding dengan apa yang telah mereka curah dan korbankan untuk kita selama ini. Kenang-kenangkanlah....