Payung ini bukan payung biasa, ia sangat besar dan selesa. tak perlu kita memegang tangkainya, ia memang tersedia menaungi kita nanti..InsyaAllah.
Bagaimana?
Ada 7 golongan yang akan dinaungi di bawah Arasy Allah di Padang Mahsyar yang panasnya Allah sahaja yang tahu...kalau kita tak mahu berpanas pada hari yang pasti tiba itu, ayuhlah kita sediakan payung, bukan sebelum hujan..tapi sebelum tibanya hari yang matahari begitu hampir atas kepala kita. Jika kita berpeluang berada di bawah naungan Arasy itu, terselamatlah daripada panas tersebut.
Ringkasnya, 7 golongan tersebut ialah (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah):
- Pemerintah yang adil
- Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada tuhannya
- Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
- Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
- Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”
- Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
- Orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”
Wallahuaklam.