Friday, May 30, 2008

Kita semuanya sama

Kita semuanya sama.
Sama-sama dilahirkan bermandikan darah hanyir.
Rentak tangis kita pun sama.
Zahirnya yang nampak berbeza kini kerana kita telah dipakaikan dengan pakaian yang berbeza, dihias dengan kemewahan yang tak serupa dan diasuh dengan didikan yang berlainan.
Itulah yang membezakan kita kini.
Tapi hakikatnya itulah asal-usul kita.
Semua sama.
Yang mencorakkan kehidupan kita, ibu bapa kita dan asuhan yang kita terima.
Jangan disalahkan Tuhan atau orang lain atas kekurangan yang ada pada diri kita sekarang. Tuhan telah menciptakan kita dengan seadil-adilnya, dengan menyamakan taraf kita semasa kita dilahirkan.
Tapi bila kita mati, taraf kita berbeza.
Kenapa?
Jangan disalahkan sesiapa. Dia telah menciptakan kita dengan akal fikiran yang sihat sempurna. Justeru,
nilailah dan pilihlah jalan mana yang harus dituju.

Cikgu yang setia

Jadilah cikgu yang setia.
Setia pada tugas, setia pada tanggungjawab.
Jangan jadi lilin, yang membakar diri.
Jadilah pelita, yang menerangi orang lain
tanpa memusnahkan diri sendiri.

Cikgu

Di manapun kita, kita adalah cikgu.
Siapapun yang kita ajar,bangsa atau agama apa sekalipun, mereka adalah murid kita.
Cikgu dan murid tak kenal erti batas/ perbezaan bangsa dan budaya.
Walau apapun tanggapan orang, kita tetap akan mengajar dengan ikhlas dan sepenuh hati biarpun pelajar itu adalah yang dianggap sebagai pelajar kelas hujung atau nakal.
Kerja cikgu menuntut banyak kesabaran.
Jadi cikgu juga bukan untuk jadi kaya duit, tapi kaya ilmu.
Setiap hari mencurahkan ilmu, makin hari bertambah-tambahlah ilmu.
Itulah kepuasan sebenar bagi seorang guru,
memberi ilmu dan memperbetul salah laku pelajar.
Sedikit demi sedikit,
ibarat menitiskan air ke batu,
lama-kelamaan akan berlekuk juga.

Ilmu

Ilmu itu cahaya.
Tempatnya dalam hati yang bercahaya.
Ia ibarat pelita yang menyuluh dan menyinari insan
yang sesat di dalam kegelapan.

Hidup

Jika kita hidup untuk diri sendiri,
akan terasa dunia ini sempit dan singkat.

Jika kita hidup untuk kepentingan orang lain,
akan terasa dunia ini luas dan panjang.
-Syed Qutb.

Jawatan

Jawatan bukanlah suatu anugerah,
tapi adalah amanah dan tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

Sunday, May 25, 2008

Singkatnya hidup ini

Semasa kita lahir, diiringi azan / iqamah
apabila kita mati, diiringi solat.

Alangkah singkatnya hidup ini,
ibarat antara azan dengan solat.

Renungilah.
Apa yang sepatutnya kita isi dengan masa sesingkat ini.

Saturday, May 24, 2008

Di mana kedudukan anda?

Ada orang bekerja kerana terpaksa,
ada orang bekerja kerana minat.

Ada orang pentingkan diri sendiri lebih daripada orang lain,
ada orang pentingkan orang lain lebih daripada diri sendiri.

Di mana kedudukan anda?